Euforia Bola 2026
Didik

“Mummy Cuba Tahan Air Mata”- Momen Penuh Syahdu Anak Fadhlina Sidek Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

fadhlina sidek

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan sendiri detik penuh bermakna anak ketiganya, Maryam Fadhilah Mohd Fadzli, berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam Majlis Khatam al-Quran di sekolahnya baru-baru ini.

Maryam, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya di bawah aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja memeluk ibunya seusai majlis tersebut.

Baca juga: Pelajar Hafizah 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Berucap Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terpukau, Subarashii!

“Mummy cuba tahan air mata…”- FADHLINA SIDEK KONGSI MOMEN SEBAK ANAK TAMAT HAFAZ AL-QURAN

fadhlina sidek

Dalam satu perkongsian di media sosial, Fadhlina berkongsi rasa syukur dan bangganya sebagai seorang ibu apabila menyaksikan sendiri usaha dan pengorbanan anaknya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

“Sebenarnya mummy cuba tahan air mata semalam. Tapi Maryam terus meluru dengan air mata sebak dan terus memeluk mummy. Semoga Allah kasihkan Maryam sebagaimana Maryam kasihkan al-Quran,” tulis Fadhlina.

Katanya lagi, suasana di dewan ketika itu dipenuhi rasa syahdu apabila ramai yang turut menitiskan air mata.

“Ya Allah, sebaik sahaja mummy memeluk Maryam, terasa kehangatan air mata dan ucapan yang anak mummy tidak mampu zahirkan. Suasana hening… hanya esakan air mata kedengaran. Bukan kami sahaja, tapi seluruh dewan,” tulisnya.

Besar beban dipikul Maryam sebagai Hamalatul Quran

fadhlina sidek

Majlis berkenaan turut dihadiri suaminya, Mohd Fadzli Arsad, yang turut sebak melihat pencapaian puteri mereka. Dalam satu catatan, beliau menitipkan doa buat anaknya agar terus istiqamah membawa kalimah Allah dalam kehidupan.

“Baba menyambut pelukan Maryam dengan tangisan bayna al khauf wa al raja — antara rasa takut dan harap.

Takut dengan beban yang Maryam pikul sebagai hamalatul Quran, dan berharap agar kalimah Allah ini kekal dalam diri Maryam sepanjang hayat,” tulisnya.

Sebagai ibu kepada enam anak, Fadhlina turut mengucapkan penghargaan kepada para asatizah dan ibu bapa yang sentiasa mendidik serta menyokong anak-anak dalam program TMUA.

“Terima kasih kepada semua asatizah yang sabar membimbing dan memperkemas hafazan anak-anak tanpa lelah. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dan rahmat kepada semua,” katanya lagi.

Sebelum ini, dua kakaknya turut membanggakan keluarga apabila anak sulung, Thurayya Fadhilah, memperoleh 9A dalam SPM 2022, manakala anak kedua, Sarah, meraih 8A dalam SPM 2024. Tahniah!

Baca juga: “Sejak Bayi Dodoi Dengan Al-Quran”- Hafiz Cilik Ahmad Ziyyad Hafal 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan, Hebat!

Sumber: IG @fadhlinasidekofficial, SMKA Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×