Murid Tahun Empat, Iman Zhafran, yang ditemukan meninggal dunia di tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan pada 1 Oktober lalu, didakwa pernah menerima ugutan sehari sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Perkara tersebut didedahkan oleh bapanya, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 40, ketika sidang media di pejabat peguam bela dan peguam cara Yazid Tishondra, Solaris Mont Kiara pada Isnin.
Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!
KES MURID TAHUN EMPAT – “SAYA NAK AWAK MATI ESOK”

Gambar Mohd Halim Abdul Wahid (Sinar Harian): Bapa kepada murid lelaki Tahun Empat yang ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah, Muhammad Hafizuddin ketika ditemui pemberita.
Sumber 1: ‘Saya Nak Awak Mati Esok’
Menurut beliau, arwah sempat memberitahu kakaknya tentang ugutan itu kerana mereka tidur sebilik.
“Malam sebelum kejadian (Selasa 30 September), Iman mengadu dengan kakaknya yang ada murid ugut nak tengok dia mati esok. Tapi kakak tak sempat bagitahu kami kerana masa itu kami dah tidur,” katanya.
Tambah Muhammad Hafizuddin, dia hanya mengetahui mengenai ugutan tersebut selepas disoal siasat polis sehari selepas kejadian. Malah, pihak polis turut menemui satu nota tulisan tangan dalam buku milik arwah yang dipercayai mengandungi mesej berbaur ugutan.
“Dalam buku arwah, ada tulisan berbunyi ‘saya nak awak mati… saya tak tahu awak akan masuk syurga atau neraka’. Itu yang polis tunjukkan kepada kami,” katanya.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Iman Zhafran adalah akibat tekanan pada leher tanpa sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.
Bapanya kini menuntut siasatan menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti sama ada ugutan tersebut mempunyai kaitan dengan kematian anaknya atau sebaliknya.
“Kami mahukan keadilan. Kalau betul ada unsur buli atau ugutan, siasat sampai habis. Anak saya tak sepatutnya pergi macam ini,” katanya dengan nada sebak.
Baca juga: Keriangan Bertukar Tragedi, Murid Tahun 6 Ditemukan Lemas Dalam Lombong Di Tangkak!
Bapa tepis tuduhan Iman Zhafran kanak-kanak autisme

Gambar Nor Ainna Hamzah (Utusan).
Dalam perkembangan lain, Muhammad Hafizuddin menafikan dakwaan segelintir pengguna media sosial yang mendakwa anaknya menghidap autisme.
Menurutnya, arwah hanyalah mengalami masalah lambat bertutur ketika berusia empat tahun dan telah pulih selepas menjalani rawatan intensif. Di mana, tiada laporan daripada doktor yang mengatakan Iman Zhafran autisme dan memerlukan pemantauan rapi.
Malah, Iman Zhafran menunjukkan perkembangan pembelajaran yang amat positif, bahkan lebih menyerlah berbanding rakannya dari segi menulis, mengaji, sukan dan sebagainya.
“Banyak yang saya dengar pasal anak saya sehinggakan netizen menuduhnya autisme dan patut diletakkan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sedangkan gurunya sendiri beritahu anak saya normal. Ada juga yang kata Iman kemurungan.
“Saya, isteri dan anak-anak sehingga kini tak boleh tidur memikirkan apa status kes Iman. Saya bukannya jenis yang bermain media sosial, tetapi tuduhan sebegini amat mengganggu emosi,” katanya.
Namun, katanya, Iman tidak membalas balik kerana enggan dilabel lemah oleh rakan-rakan, sebaliknya membiarkan sahaja buli itu berlaku.
“Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan cerita pada kami apa yang terjadi dari A sampai Z. Kawan-kawannya pun kami kenal nama,” ujarnya.
Bapa kepada tiga anak itu turut memaklumkan bahawa kali terakhir beliau menerima perkembangan kes daripada pihak berkuasa adalah pada 16 Oktober lalu melalui laporan media, bukan daripada pegawai penyiasat (IO) yang mengendalikannya.
“Sebelum itu juga, saya mengetahui tentang keadaan tubuh badan Iman daripada pakar patologi selepas post-mortem pada 2 Oktober lalu. Selebihnya tiada apa-apa maklum balas.
“Saya dah ada gambaran penuh mengenai kes ini, tetapi tak nak mendahului pihak berkuasa, cuma saya minta sangat status kes ini dijelaskan segera sebab dah sebulan berlaku,” katanya.
FT Image: Sinar Harian / Utusan
