Jika anda pernah merasai pengalaman dirawat di hospital, pernah tak anda terdengar jururawat atau doktor sebut tentang warna branula (tiub kecil) yang dipasang di tangan? Ramai antara kita, terutama wanita yang kerap alami masalah bacaan HB rendah (Anemia) mungkin tak perasan, rupanya warna branula tu bukan sekadar suka-suka!
Hal ini kerana, pemasangan branula pada tangan ini bergantung kepada tahap rawatan setiap individu. Berikut merupakan maksud di sebalik warna tiub dan anda tidak akan tertanya-tanya lagi..
Baca juga: Bahaya Tersembunyi, NPRA Dedah Lebih 200 Produk INI Ada Kapur Barus, Jadi Punca Anak Kerap Sawan!
BUAT WANITA 40-AN YANG SELALU BACAAN HB RENDAH, INI MAKSUD WARNA BRANULA DI TANGAN BILA MASUK WAD

Kisah ini datang daripada seorang wanita 40-an bernama Norshalieda Rozali menerusi laman Facebook yang kini masih dalam rawatan anemia kronik. Pengalamannya bukan sahaja membuka mata tentang simbol di sebalik warna branula, tapi juga pentingnya alert terhadap tanda-tanda kekurangan darah merah.
“Akak dipakaikan dua branula masa masuk wad kecemasan — satu warna grey, satu lagi biru,” kata jururawat.
Mulanya dia tidak tahu pun apa beza warna tu. Tapi bila jururawat dan doktor masing-masing menegur, barulah terdetik sesuatu.
Doktor pun kata, “Eh, kenapa pakaikan grey? Kesian dia…”. Ketika itu, barulah dia tertanya-tanya, apa maksudnya dengan grey ini.
Tidak lama selepas itu, proses transfusi darah pun bermula. Satu beg darah kira-kira 350ml mengambil masa 7 jam untuk habis masuk.
“Setiap titis tu terasa nyilu dan sejuk. Nak selubung tangan pun tak boleh sebab branula tengah ‘bekerja’,” katanya lagi.
Bayangkan, 7 jam menahan sakit dan sejuk setiap kali darah mengalir perlahan ke tubuh.
Setiap Warna Ada Maksudnya!

Lepas keluar wad, wanita ini mula mencari jawapan dan akhirnya faham kenapa jururawat terkejut sangat dengan branula grey itu. Berikut antara maksud warna branula yang digunakan di hospital:
1. Grey/ Kelabu (16G) Besar : Untuk rawatan kecemasan atau transfusi darah laju
2. Green/ Hijau (18G) Sederhana besar : Digunakan untuk transfusi darah dan ubat cepat
3. Pink/ Merah Jambu (20G) Standard Biasa : Digunakan untuk pesakit wad, masuk air/ubat
4. Blue/ Biru (22G) Kecil : Untuk pesakit urat halus, warga emas atau kanak-kanak
5. Yellow/ Kuning (24G) Sangat kecil : Untuk bayi atau urat terlalu fragile
Jadi bila teringat yang dirinya dipasangkan grey branula, itu sebenarnya saiz paling besar dan biasanya digunakan dalam kes kecemasan, bukan transfusi biasa. Patutlah rasa sakitnya lain macam!
Masalah HB rendah atau anemia bukan perkara kecil, terutamanya bagi wanita berumur 40-an. Antara tanda-tanda awal yang beliau alami termasuklah:
- Badan cepat letih dan pening
- Jantung berdebar tanpa sebab
- Hilang selera makan
- Ketagihan pelik seperti mengunyah ais batu atau beras
Puncanya? Bukan sekadar kurang zat besi. Dalam kes wanita ini, heavy period (haid berlebihan) dan fibroid jadi penyebab utama.
“Telan sekotak Iberet, seguni bayam, 10kg hati ayam pun, kalau punca tak rawat — memang tak jalan,” katanya berseloroh.
Kisah ini bukan sekadar pengalaman di wad, tapi peringatan untuk semua wanita supaya jangan abaikan signal dari tubuh. Kalau rasa tak normal, cepat-cepatlah buat pemeriksaan darah kerana kadang-kadang masalah kecil boleh jadi besar kalau dibiarkan lama.
Jadi buat semua wanita 40-an ke atas, jaga diri, jaga kesihatan, dan dengarlah apa yang badan cuba bagitahu. Kerana setiap warna, setiap titisan darah, ada maknanya!
Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran
Sumber: Norshalieda Rozali
