Setiap pasangan TTC mempunyai kisah perjuangan tersendiri. Ada yang diuji dengan masa, ada yang diuji dengan kesabaran. Seperti pasangan Iezaman yang tular di TikTok, mereka kekal tabah walaupun telah menanti zuriat selama 27 tahun sejak bernikah pada tahun 1998.
Menurut Iezaman, ketika dia mendirikan rumah tangga, usianya adalah 23 tahun, manakala suaminya ketika itu berumur 29 tahun. Impiannya sederhana, mahu bernikah, dikurniakan zuriat dan hidup bahagia bersama pasangan.
Baca juga: Lebih 10,000 Kes Perceraian Pasangan Islam Selangor, ‘Spark’ Hilang Kerana Kewangan…
PASANGAN TTC 27 TAHUN KAHWIN, “BELUM GAGAL KAN?”

Namun, realiti dilalui tidak seindah seperti yang dirancang. Kini pada tahun 2025, usia Iezaman sudah mencecah 50 tahun, manakala suaminya berusia 56 tahun. Selama 27 tahun mereka menanti rezeki zuriat, namun masih belum dikurniakan anak.
Walau begitu, kata Iezaman, mereka tidak pernah menganggap diri gagal dalam perjalanan rumah tangga yang panjang itu. Baginya, setiap tahun yang berlalu tanpa zuriat bukan tanda kekurangan, tetapi ruang untuk belajar sesuatu antara pasangan.
“TTC 27 tahun, gagal? InsyaAllah belum. Alhamdulillah nikmat rezeki dan bahagia yang Allah berikan,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Di ruangan komen, ramai yang menulis komen penuh emosi, seolah-olah berbicara kepada ibu bapa yang telah tiada atau jauh di sisi.

“Assalamualaikum Umi dan Abah, tahun lepas abang dapat first class degree, tahun ni abang tengah struggle buat master. Umi dan Abah doakan abang ye…”
“Assalamualaikum ibu ayah… saya dekat sini happy-happy je lawan kanser. Dah last stage tapi saya kuat. Saya doakan ibu ayah sihat selalu, jangan risau tentang saya.”
“Rindu mak ayah yang dah tiada. Kalau mereka masih ada, mesti saya dah peluk lama-lama dan ucap terima kasih atas doa mereka.”
Komen-komen ini membuktikan bahawa walaupun hidup tidak selalu seperti yang diimpikan, ia masih boleh dipenuhi dengan rasa syukur dan kasih sayang yang tulus.
Baca juga: Bukan Digunakan Hanya Dalam Masakan, Serai Rupanya Boleh Rawat 5 Penyakit Ini
Sumber: TikTok
