Euforia Bola 2026
Famili

“Menyoroklah Tuan Lembu, Balasan Dunia Mungkin Terlepas” – Luahan Pilu Abang Selepas Anak Buah Meninggal Dunia

KES LANGGAR LEMBU

Perkongsian menyayat hati daripada seorang pengguna media sosial, Nor Azahar Abdullah, baru-baru ini mengundang sebak orang ramai selepas dia menceritakan kehilangan anak buahnya yang meninggal dunia akibat kes langgar lembu yang berkeliaran di kawasan Bera.

Dalam luahan yang dimuat naik di Facebook, Nor Azahar menzahirkan rasa marah dan sedih terhadap pemilik lembu yang dipercayai menjadi punca kejadian tragis itu.

Baca juga: Penduduk Taiping Cemas Air Tiba-Tiba Naik Sampai Dada, Ramai Bergelut Selamatkan Diri Dalam Gelap

KES LANGGAR LEMBU, LUAHAN PILU ABANG UNDANG SEBAK

KES LANGGAR LEMBU

“Kepada tuan lembu… ini adik aku. Yang meninggal tu anak dia. Mesti kau bahagia sekarang sedangkan adik aku kehilangan anak sulungnya — yang manja dengannya, yang selalu tunggu dia balik kerja,” tulisnya.

Nor Azahar turut berkongsi kisah pilu tentang adik bongsunya itu, yang telah kehilangan ibu sejak berusia lima tahun. Kini pada usia 22 tahun, adik lelakinya itu diuji pula dengan kehilangan anak sulungnya yang baru berusia 11 bulan.

“Dia selalu menyalahkan diri atas kematian anaknya. Kalau kau, tuan lembu, rasa apa yang kami hadapi ini… kalau ada yang kenal atau baca, datanglah jumpa adik aku. Walaupun kau tak boleh kembalikan nyawa anak buah aku,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, Nor Azahar memaklumkan bahawa pengebumian anak saudaranya telah selesai dijalankan. Dia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta membantu meringankan urusan keluarga mereka.

KES LANGGAR LEMBU

“Dugaan paling besar tahun ini untuk kami sekeluarga. Bulan dua, isteri aku keguguran. Hari ini, anak buah pula meninggal. Terima kasih juga kepada anggota polis yang sedang giat menangkap lembu-lembu yang berkeliaran sekitar Gugusan Bera. Semoga Allah membalas segala jasa kalian,” luahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang menzahirkan rasa simpati dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik haiwan yang gagal mengawal ternakan mereka sehingga meragut nyawa orang lain.

Baca juga: Melawak Biarlah Berpada, Tak Semua Gurauan Dibenarkan Dalam Islam! Ada Yang Diharamkan…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×