Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan

BAYI 11 BULAN

Seorang bayi 11 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari menerima rawatan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dipercayai terjatuh di sebuah rumah pengasuh di Taman Permaipura, Bedong, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, bayi perempuan itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.42 pagi tadi ketika sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Baca juga: Raja Salman Taja 1,000 Jemaah Dari Seluruh Dunia Tunai Umrah, Malaysia Antara Negara Bertuah!

BAYI 11 BULAN MENINGGAL, DIPERCAYAI TERJATUH DI RUMAH PENGASUH

BAYI 11 BULAN

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh bayi berkenaan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek dijangka dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman pada esok hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengulas mengenai kejadian, Hanyan berkata, insiden itu berlaku pada Isnin lalu apabila bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada pengasuh sekitar jam 2.15 petang.

Pengasuh terbabit memaklumkan bahawa bayi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kerusi ketika sedang disuap makan sebelum didapati tidak sedarkan diri.

BAYI 11 BULAN

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, kedua-dua ibu bapa mangsa merupakan kakitangan sebuah hospital swasta di daerah Kuala Muda, manakala bayi tersebut adalah anak tunggal mereka.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Baca juga: Amira Othman Dapat Inspirasi Ketika Hadir Kelas Agama, Unik Nama ‘Jarir’ Rupanya Sahabat Rasulullah SAW..

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×