Euforia Bola 2026
Famili

Hasrat Keluar Beli Susu Bertukar Tragedi, Bayi 11 Bulan Maut Lepas Kereta Langgar Lembu

bayi 11 bulan

Hasrat sepasang suami isteri keluar seketika untuk membeli susu buat bayi 11 bulan mereka bertukar duka apabila anak perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki sekeluarga terbabas akibat melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 49, Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir memaklumkan, mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail dari Felda Purun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32.

Baca juga: Penduduk Taiping Cemas Air Tiba-Tiba Naik Sampai Dada, Ramai Bergelut Selamatkan Diri Dalam Gelap

BAYI 11 BULAN MAUT, KERETA LANGGAR LEMBU KETIKA NAK BELI SUSU

BAYI 11 BULAN

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 9.40 malam, apabila kereta Perodua Bezza yang dipandu bapa mangsa berusia 22 tahun, dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong, tiba-tiba terlanggar sekumpulan lembu yang melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Pemandu gagal mengelak menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan selepas melanggar beberapa ekor lembu tersebut,” katanya.

Sewaktu kejadian, ibu mangsa berusia 21 tahun yang memangku anak di bahagian penumpang hadapan turut mengalami kecederaan di kepala, manakala pemandu tidak cedera.

Mayat bayi malang itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tujuan bedah siasat, sementara siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BAYI 11 BULAN

Menurut Zulkiflee, dua ekor lembu disahkan mati di tempat kejadian manakala seekor lagi cedera akibat pelanggaran tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bera sebenarnya telah menjalankan operasi menangkap haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya malam tadi.

“Operasi berkenaan bermula jam 11 malam, namun malangnya insiden ini berlaku lebih awal daripada waktu operasi dijalankan,” jelasnya.

Baca juga: 11 Golongan Ini Diharamkan Cium Bau Syurga, Ramai Tak Sangka Rupanya Selalu Berlaku Dalam Hidup

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×