Euforia Bola 2026
Famili

Bapa TERNIKAH Anak Kandung Hingga Ada Zuriat, Masih Boleh Dibinkan Namanya & Wajib Bubar Perkahwinan!

bapa ternikah anak kandung

Kisah bapa ternikah anak kandung yang berlaku di Terengganu baru-baru ini mengejutkan ramai, apabila perkahwinan antara dua insan yang tidak mengetahui pertalian sebenar darah daging mereka, akhirnya terbongkar selepas bertahun-tahun terpisah.

Tragedi ini berpunca daripada hubungan kekeluargaan yang renggang serta ketiadaan komunikasi selepas penceraian ibu bapa.

Baca juga: Pemandu Lori Simen Maut Serangan Jantung Sewaktu Cari Rezeki, Rempuh Kereta Di Lubang Kerian

BAPA TERNIKAH ANAK KANDUNG, IBU PENGSAN LEPAS TAHU

bapa ternikah anak kandung

Gambar hiasan: Freepik

Menurut perkongsian di Threads, lelaki berkenaan meninggalkan isterinya sebaik sahaja mereka bercerai ketika anak perempuan mereka masih bayi.

Si ibu membesarkan anak itu seorang diri dalam keadaan serba kekurangan, malah hubungan antara ibu dan anak dikatakan menjadi dingin apabila si ibu tidak membenarkannya menyambung pelajaran kerana masalah kewangan.

“Maknya tak bagi anaknya sambung belajar, tapi anak ini ada cita-cita tinggi nak jadi akauntan. Mereka orang susah, maknya tak mampu nak bayar yuran. Akhirnya anaknya pergi juga tinggalkan mak dan nenek di kampung,” tulis pengguna berkenaan.

Bertahun-tahun berlalu tanpa sebarang khabar, anak perempuan itu akhirnya membawa diri dan tidak lagi pulang ke kampung.

Namun takdir mempertemukannya dengan seorang lelaki yang tanpa disedari, merupakan bapanya sendiri. Mereka berkenalan, jatuh cinta, dan akhirnya berkahwin tanpa mengetahui hubungan darah di antara mereka.

Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan warga maya ialah bagaimana si ibu tidak hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Hal itu dipercayai disebabkan hubungan mereka yang tegang sebelum ini, menyebabkan si anak tidak menjemput ibunya ke majlis berkenaan.

“Yang tak boleh brain, maknya tak pergi majlis kahwin anak? Atau masa merisik pun tak datang. Sebab itu saya kata pelik kes ni,” kata pengguna tersebut.

Tragedi sebenar mula terbongkar apabila pasangan itu pulang ke kampung selepas mempunyai anak. Si ibu terkejut besar apabila melihat wajah menantunya yang amat dikenalinya yang merupakan bekas suaminya sendiri.

“Masa nak jumpa itu, maknya perasan muka bapaknya. Ingatkan mereka dah jumpa dan kenal. Bapaknya tanya, ‘mana ibunya? Saya nak jumpa’. Bila isterinya kata ‘itu ibu’, terus terkejut beruk bapaknya sebab rupanya dah kahwin dengan anak sendiri,” tulis sumber tersebut lagi.

Si ibu dikatakan pengsan akibat terlalu terkejut, manakala nenek wanita berkenaan segera memanggil seorang ustaz untuk mendapatkan nasihat.

Menurut ustaz yang dirujuk, pernikahan antara bapa dan anak kandung hukumnya haram dan tidak sah di sisi Islam. Pasangan berkenaan diminta untuk segera bercerai bagi mengelakkan dosa yang berpanjangan.

Pandangan Islam mengenai tak sengaja nikah mahram

bapa ternikah anak kandung

Gambar hiasan: freepic.diller

Menurut penjelasan penceramah bebas Dr. Kamilin Jamilin di TikTok, kes seperti ini di mana pasangan terkahwin dengan mahram secara tidak sengaja mempunyai hukum tersendiri.

  1. Jika ada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut, anak itu tidak dianggap sebagai anak tak sah taraf, sebaliknya tergolong dalam kategori anak hasil persetubuhan syubhah atau persetubuhan yang diragui.
  2. Ini bermaksud anak itu masih boleh dibin atau dibinti kepada ayah kandungnya, sama seperti anak sah taraf yang lain.
  3. Namun begitu, pasangan tersebut tetap wajib berpisah kerana pernikahan antara mahram adalah tidak sah di sisi syarak dan perlu segera dibubarkan.

“Cuma untuk kes terkahwin mahram secara tak sengaja, kalau ada anak yang lahir, tidaklah dianggap sebagai anak tak sah taraf. Tapi dalam kategori anak hasil daripada persetubuhan yang diragui, atau persetubuhan shubhah.

“Tidak sama dengan anak zina dan tak sah taraf. Sebab anak itu masih boleh di-bin dan di-binti kepada ayahnya, sama dengan anak sah taraf. Cuma mak dan ayahnya perlu berpisah, perkahwinan mereka perlu dibubarkan sebab asal pernikahan mereka, tidak sah,” katanya lagi.

@drkamilinjamilin

SUMBANG MAHRAM, Boleh Ke Gugurkan Anak Dalam Kandungan? #LelakiItu #TV3Malaysia #IsuSemasa

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Baca juga: Bertemu Jodoh Selepas 40 Tahun Terpisah, Wanita Dilamar Di Tempat Pertemuan Semula Nabi Adam & Hawa!

Sumber: Threads @fizz549

FT Image: Threads @fizz549

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×