Menerusi satu hantaran di laman Facebook, kelihatan seorang pengetua sekolah melakukan pemeriksaan terhadap seorang pelajar lelaki selepas menegur rambutnya yang panjang dan tidak kemas.
Pemeriksaan spontan itu pada awalnya sekadar teguran biasa, namun bertukar menjadi penemuan besar apabila pengetua mengambil keputusan untuk memeriksa beg pelajar berkenaan.
Baca juga: KPM Akan Kenalkan Subjek Pendidikan Karakter, Mata Pelajaran Baharu Untuk Tahun Depan
PENGETUA SEKOLAH BUAT SPOT CHECK, ADA VAPE, TELEFON & POWER BANK

Apa yang ditemui dalam beg pelajar benar-benar mengejutkan kerana mempunyai vape, telefon bimbit dan power bank, tiga barangan yang jelas melanggar peraturan sekolah.
Situasi itu digambarkan sebagai satu “jackpot” bagi pihak sekolah kerana jarang sekali pemeriksaan mengejut dilakukan oleh pengetua sendiri, apatah lagi membongkar pelbagai kesalahan disiplin dalam satu masa.
“Jarang pengetua buat spot check. Tapi bila buat, tangkapan besar punya. Saya anggap murid ini tak bernasib baik semalam. Dia berjalan. Pengetua tegur rambut. Alang-alang, cek beg sekali. Dapat vape, dapat telefon, dapat power bank, dapat tangkap kesalahan rambut. Jackpot.
“Cikgu disiplin telefon mak. Alhamdulillah, bagus mak murid ni. Maknya kerja bagus. Ayahnya pun kerja bagus. Tapi bila bab anak, maknya serahkan sahaja kepada sekolah,” jelas pengguna media sosial itu.
Reaksi matang dan tenang si ibu itu dipuji ramai netizen. Dalam zaman di mana segelintir ibu bapa sering mempersoalkan tindakan disiplin sekolah, sikap wanita ini dianggap luar biasa dan wajar dijadikan contoh.

Freepik
Ramai yang berpendapat, ibu bapa sebegini memahami erti sebenar tanggungjawab bersama dalam mendidik anak, bukan hanya menyerahkan segalanya kepada guru, tetapi juga tidak menghalang apabila anak perlu ditegur.
Menurut guru yang berkongsi kisah itu, pelajar berkenaan bukanlah murid bermasalah. Dia masih menunjukkan rasa hormat, mengaku kesalahan dan selepas dikenakan hukuman, dia memohon maaf dan menyalami guru dengan penuh sopan.
Walaupun tersilap langkah, pelajar itu dilihat masih punya nilai adab yang tinggi dan diharapkan hukuman tersebut mampu membimbingnya kembali ke jalan yang betul.
“Murid ini budak baik. Dia mengaku kesilapan dia. Lepas kena rotan, dia minta maaf. Salam cikgu cium tangan. Bagus budaknya. Tapi mungkin tergelincir sikit. Harapnya hukuman ni akan menarik dia kembali ke landasan.” ujarnya.
Baca juga: Tular Terapi Bedung ‘Konon’ Boleh Rawat Anak Lambat Bercakap, Pakar Tegur Semua Ini Tak Masuk Akal!
Sumber: Facebook
