Contoh hobi pelik yang diamalkan oleh sesetengah individu ini membuktikan bahawa minat manusia memang tiada batas dan berbeza-beza.
Walaupun dianggap aneh dan tidak masuk akal, namun bagi mereka inilah cara untuk mencari kepuasan, menghilangkan tekanan atau sekadar memenuhi rasa ingin tahu terhadap sesuatu yang luar biasa.
Baca juga: Tabung Haji Umum Syarat Kesihatan Jemaah 1447H/2026M, Lulus Saringan Baru Boleh Pergi!
CONTOH HOBI PELIK DI DUNIA, TAK SANGKA ADA YANG BUAT

Berikut antara beberapa contoh hobi pelik yang benar-benar wujud di dunia, ada yang kelakar, menakutkan dan juga tidak masuk akal.
1. Berpura-pura mati
Ada individu yang menjadikan ‘berlakon mati’ sebagai hobi. Mereka akan berbaring dalam pelbagai posisi, berpakaian seolah-olah mayat, kemudian merakam gambar atau video. Ada yang lakukan untuk seni persembahan, ada juga yang sekadar suka perhatian pelik di media sosial.
2. Mengait bentuk payudara
Contoh hobi pelik di dunia selanjutnya adalah mengait bentuk payudara. Kedengaran lucu, tetapi ada komuniti yang mengait replika payudara menggunakan benang dan jarum kait. Ada yang menjadikannya karya seni, manakala sebahagian lagi digunakan untuk kempen kesedaran kanser payudara.
3. Contoh hobi pelik – suka saman orang di mahkamah
Ada individu yang menjadikan hobi menyaman orang sebagai aktiviti masa lapang. Mereka akan mencari alasan untuk memfailkan saman walaupun atas perkara kecil, kononnya demi kepuasan peribadi atau untuk menegakkan keadilan.
4. Kumpul rambut manusia
Ya, ada pengumpul rambut dari seluruh dunia. Ada yang menyimpan rambut artis kegemaran, ada yang mengumpul rambut orang tersayang, malah ada yang menjadikannya bahan seni.
5. Contoh hobi – lukis muka orang di dinding
Ada individu yang melukis wajah manusia pada batu kecil dan menyimpannya sebagai koleksi. Sesetengahnya menjual hasil lukisan tersebut secara dalam talian kepada penggemar seni pelik.

6. Kumpul catatan nota daripada orang asing
Ada yang gemar mengumpul nota atau surat terbuang, seperti tulisan rawak, senarai beli barang, atau mesej peribadi yang dijumpai di tempat awam. Hobi ini kononnya memberi gambaran tentang kehidupan orang lain.
7. Contoh hobi pelik – cari dan kumpul serangga mati
Bagi sesetengah orang, serangga mati dianggap jijik, tetapi ada yang menjadikannya koleksi berharga. Mereka akan mengeringkan, menyusun dan mempamerkannya seperti trofi.
8. Makan sabun atau span
Contoh hobi pelik yang terakhir adalah makan sabun atau span. Walaupun berbahaya, ada individu yang benar-benar menikmati bau dan rasa sabun atau span dapur.
Hobi ini dikategorikan sebagai gangguan tabiat pemakanan pelik (pica) dan memerlukan rawatan profesional.
Kesimpulannya, hobi manusia memang tidak terbatas. Apa yang nampak aneh atau tidak logik bagi sesetengah orang, mungkin menjadi sumber ketenangan dan kegembiraan bagi orang lain.
Baca juga: KPM Akan Kenalkan Subjek Pendidikan Karakter, Mata Pelajaran Baharu Untuk Tahun Depan
Sumber: Bored Panda
