Setiap individu pasti ada minat dan keseronokan tersendiri yang dijadikan hobi. Namun, tidak semua hobi itu sesuai dari sudut pandangan Islam. Terdapat beberapa contoh hobi yang nampak biasa atau menyeronokkan, tetapi sebenarnya dilarang dalam Islam kerana boleh memberi kesan buruk kepada akidah, akhlak atau kesihatan.
Baca juga: Ulama Yaman Hadir Ziarah Pusara Zara Qairina, Doakan Roh Allahyarhamah Dicucuri Rahmat
CONTOH HOBI YANG DILARANG DALAM ISLAM, ELAKKAN

Freepik
1. Memanjangkan kuku
Contoh hobi yang dilarang dalam Islam adalah memanjangkan kuku kerana umum mengetahui Islam menekankan kebersihan. Kotoran mudah terkumpul di bawah kuku yang panjang, menyebabkan kebersihan terganggu.
Dalam hadis, Nabi SAW menyarankan agar kuku dipotong secara berkala sebagai sebahagian daripada fitrah dan menjaga kebersihan diri.
2. Contoh hobi – Tidur meniarap
Tidur meniarap mungkin selesa bagi sesetengah orang, tetapi ia ditegur oleh Rasulullah SAW sebagai gaya tidur yang tidak baik.
Dari sudut kesihatan juga, posisi ini boleh menekan organ penting seperti jantung dan paru-paru. Sebaliknya, tidur mengiring ke kanan adalah sunnah yang memberi banyak manfaat.
3. Bertatu
Contoh hobi dilarang dalam Islam selanjutnya adalah bertatu. Umum mengetahui, tatu dilarang dalam Islam kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah.
Nabi SAW melaknat orang yang membuat dan yang meminta dibuat tatu. Jika seseorang sudah melakukannya, bertaubat dengan sungguh-sungguh adalah langkah terbaik.
4. Contoh hobi – pakai rambut palsu

Freepik
Rambut palsu atau hair extension mungkin popular dalam dunia kecantikan tetapi dalam Islam, ia dianggap menipu dan mengubah ciptaan Allah.
Rasulullah SAW melarang keras perbuatan ini kerana kecantikan sebenar seorang Muslimah bukan pada rambutnya, tetapi pada akhlak dan kesopanan dirinya.
5. Percaya ramalan zodiak
Ramalan bintang atau horoskop sering dilihat sebagai hiburan tetapi jika terlalu mempercayainya dalam menentukan nasib, jodoh atau rezeki, itu sudah melampaui batas.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan menetapkan takdir hamba-Nya. Menaruh kepercayaan pada ramalan boleh merosakkan akidah secara tidak sedar.
6. Contoh hobi – cela makanan
Nabi SAW tak pernah mencela makanan. Kalau suka, baginda makan. Kalau tak suka, baginda tinggalkan tanpa mengata. Bila kita mencela makanan, seolah-olah kita tidak bersyukur dengan rezeki Allah.
7. Pembedahan plastik
Contoh hobi dilarang dalam Islam yang terakhir adalah melakukan pembedahan plastik. Pembedahan hanya boleh dilakukan jika berlaku masalah kesihatan atau kemalangan, itu dibenarkan.
Namun jika dilakukan semata-mata ingin kelihatan cantik seperti orang lain, ia tidak dibenarkan.
Kesimpulannya, contoh hobi di atas lebih baik dijaukan dan lakukanlah perkara berfaedah agar diri lebih dekat kepada Allah SWT.
Baca juga: Bila Orang Belanja Makan, Balas Dengan Doa Mustajab Dianjurkan Rasulullah SAW Ini…
Sumber: TikTok
