Euforia Bola 2026
Asuh

Rebah, Muntah & Trauma..Anak Kembar Usia 4 Tahun Didenda Lompat Bintang 100 Kali Di Tadika

lompat bintang

Rebah dan muntah… Inilah penderitaan yang dialami sepasang anak kembar berusia empat tahun selepas didenda melakukan lebih 100 kali lompat bintang serta berlari berpuluh pusingan di sebuah tadika!

Kisah tragis ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan ibu bapa, malah membuka mata masyarakat tentang bahaya hukuman fizikal yang melampau terhadap anak kecil.

Baca juga: Cikgu Buat ‘Spotcheck’ Mengejut, Jumpa Telefon Bimbit Murid Tahun 6 Penuh Gambar Guru & Ustaz Jadi Bahan Troll

ANAK KEMBAR USIA 4 TAHUN DIDENDA LOMPAT BINTANG 100 KALI DI TADIKA!

lompat bintang

Menurut laporan Must Share News, kejadian di sebuah taska di Taiwan itu terbongkar apabila ibu bapa si kembar meneliti rakaman CCTV di sekolah selepas anak mereka mengadu terlalu penat dan enggan ke tadika.

Rakaman tersebut menunjukkan dua kanak-kanak kecil itu bergelut menyelesaikan hukuman berat, malah beberapa kali kelihatan jatuh kerana tidak lagi berdaya. Lebih memilukan, ketika salah seorang daripada mereka muntah akibat terlalu letih, guru terbabit bukannya membantu, sebaliknya menyalahkan anak itu dengan alasan ‘makan terlalu banyak’.

Ibu bapa mana yang tidak luluh hati melihat anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang diperlakukan sedemikian rupa. Menurut ibu bapa tersebut, kembar yang lebih tua diminta berlari 43 pusingan mengelilingi taman permainan, manakala si adik berlari 19 pusingan, 30 lompatan tali dan 103 lompat bintang.

Biro Pendidikan Tainan bertindak segera selepas rakaman tular di media sosial. Siasatan mengesahkan hukuman fizikal itu benar-benar berlaku. Maka, dua guru terlibat dikenakan denda, masing-masing sebanyak NT$54,000 (RM7,400) dan NT$48,000 (RM6,600) serta diwajibkan menghadiri latihan pemulihan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Namun, ibu bapa anak kembar itu tetap mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang anak mereka mengalami kesan emosi dan trauma jangka panjang akibat kejadian tersebut.

Pakar Psikologi: Hukuman Fizikal Bukan Jalan Didikan

lompat bintang

Foto hiasan.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, hukuman fizikal bukanlah kaedah mendidik yang sesuai bagi usia awal kanak-kanak.
Hal ini kerana, pada umur empat tahun, mereka masih belajar memahami emosi dan peraturan dengan cara lembut, bukan melalui penderitaan.

Kanak-kanak pada usia ini memerlukan komunikasi jelas, kasih sayang dan bimbingan berulang untuk membentuk disiplin.
Sebaliknya, hukuman fizikal hanya menimbulkan ketakutan tanpa menanam kesedaran dan ia boleh merosakkan perkembangan emosi, keyakinan diri, dan meninggalkan trauma berpanjangan hingga dewasa.

*Bukannya tak boleh nak rotan atau nak cubit macam mak kita lakukan zaman dahulu namun berpada-pada dan jangan sampai melarat!

Baca juga: Tabiat Aneh Anak Suka Tidur Seluk Tangan Dalam Seluar Buat Mak Ayah Risau, Pakar Kata Jangan Marah..Ini Sebabnya

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×