Euforia Bola 2026
40 Minggu

Putera Mateen Kongsi Berita Kehamilan YM Anisha, Pasangan Diraja Brunei Menanti Kehadiran Zuriat Sulung

putera mateen

Khabar gembira buat rakyat Brunei dan para peminat diraja apabila Putera Mateen dan isterinya, Yang Mulia (YM) Anisha Rosnah, mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Putera Mateen menerusi laman Instagram rasmi miliknya, sekali gus mengesahkan kehamilan sulung YM Anisha.

Baca juga: Cantik & Elegant, Bakal Suri Hati Putera Mateen Ini Bukan Calang Orang Rupanya..

PUTERA MATEEN SAHKAN BAKAL BERGELAR BAPA, RAMAI TAK SABAR NAK TENGOK KELAHIRAN BAYI!

putera mateen

Foto: @tmski

Hantaran tersebut menerima pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada rakyat serta pengikut setia yang menzahirkan rasa syukur atas berita bahagia itu.

Malah, beberapa minggu sebelum pengumuman rasmi dibuat, YM Anisha telah menarik perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah video yang tular di media sosial dengan penampilan anggun dan baby bump yang jelas kelihatan. Rakaman tersebut menimbulkan rasa teruja dalam kalangan peminat di Brunei dan Malaysia yang mendoakan kesejahteraan pasangan diraja berkenaan.

Pasangan diraja ini melangsungkan perkahwinan pada Januari 2024 dalam istiadat penuh adat dan tradisi Kesultanan Brunei. Kini, selepas setahun mendirikan rumah tangga, berita kehamilan YM Anisha Rosnah menambah keceriaan serta kebahagiaan buat keluarga diraja dan rakyat yang sentiasa menyanjungi mereka.

putera mateen

Foto semasa majlis rasmi berlangsung minggu lepas.

Sebagai pasangan yang sering menjadi inspirasi ramai, Putera Mateen dan YM Anisha Rosnah dikenali bukan sahaja kerana keanggunan dan keperibadian mereka, tetapi juga kerana sifat rendah hati serta dedikasi terhadap tanggungjawab masing-masing.

Rakyat Brunei dan peminat di seluruh rantau mendoakan agar YM Anisha diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, dan semoga kehadiran cahaya mata diraja ini membawa lebih banyak kebahagiaan serta keberkatan buat pasangan diraja yang disayangi itu.

@anishaik.tmski PAI Anisha Rosnah in Brunei 💙 #paianisharosnah #anishaisakalebic #princessanisharosnah #anishaik #bruneiroyalfamily ♬ suara asli – 𝟑𝟎𝟑 𝐍𝐨𝐚.`𖤐 – 𝟑𝟎𝟑 𝐍𝐨𝐚.𖥔 ݁

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: IG @tmski 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×