Euforia Bola 2026
Dapur

Mak-Mak Dulu Rajin Rendam Beras Sebelum Masak, Rupanya Bukan Petua Kosong Ada Sebab Sains!

rendam beras

Ramai tak tahu, rendam beras sebelum dimasak bukan sekadar petua turun-temurun. Rupanya, amalan yang diamalkan oleh mak-mak kita sejak dulu itu terbukti ada sebab saintifik dan kesan positif kepada kesihatan tubuh.

Walaupun nampak remeh, langkah kecil ini boleh menjadikan nasi lebih lembut, sihat dan mudah dihadam.

Baca juga: Sup Sarang Burung Versi Homemade Ala Orang Cina Buat, Resipi Wanita Ini Buat Ramai Terliur Nak Cuba!

RENDAM BERAS BUKAN PETUA SAJA-SAJA

rendam beras

Gambar: Nurul Shahidah

MANFAAT RENDAM BERAS

1. Nasi lebih lembut, perut lebih selesa

Rendaman bantu pecahkan kanji semula jadi beras, menjadikan nasi lebih lembut dan mudah dihadam. Disebabkan itu, orang dulu jarang alami masalah kembung.

2. Nutrien lebih mudah diserap

Perendaman kurangkan phytic acid yang halang penyerapan zat penting seperti zink, kalsium dan zat besi. Hasilnya, tubuh serap nutrien nasi dengan lebih baik.

3. Elak gula darah naik mendadak

Nasi yang direndam 30 minit mempunyai indeks glisemik lebih rendah, bantu kawal gula darah. Sesuai untuk individu yang jaga berat, ada anak hiperaktif atau risiko diabetes.

4. Kurangkan racun dan bahan kimia

Air rendaman membantu menyingkirkan lebihan racun serangga dan bahan pemutih pada bijirin. Petua lama ini sebenarnya cara semula jadi nyah racun makanan.

Kajian sains sokong petua lama ini

  • Journal of Food Science & Technology (2019): Perendaman 30 minit boleh menurunkan kandungan phytic acid sehingga 40%
  • Food Chemistry (2024): Nasi yang direndam lebih mudah dicerna dan membantu menstabilkan paras gula darah selepas makan

Baca juga: Resipi Kari Daging Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Kena Buat 1 Langkah Ini Baru ‘Kick’

Cara amalan mudah di rumah

  1. Cuci beras seperti biasa.
  2. Rendam selama 10–15 minit sebelum masak.
  3. Tos dan terus masak.

Bila beras sudah direndam, ia sudah menyerap sedikit air. Jadi, kurangkan jumlah air ketika memasak supaya nasi tidak terlalu lembik.

Panduan sukatan:

  • Jika biasa guna nisbah 1 cawan beras : 1½ cawan air, untuk beras yang direndam, cukup 1 cawan beras : 1 cawan air.
  • Untuk beras panjang seperti basmati, kurangkan air sekitar 10–15% daripada sukatan biasa.

Jika guna periuk nasi elektrik, pastikan paras air lebih kurang 1 ruas jari di atas paras beras yang telah direndam.

Hasilnya:

  • Nasi lembut tapi tidak lembik
  • Butiran beras cantik, berkilat dan tidak mudah patah
  • Mudah hadam dan tidak menyebabkan kembung

Bonus petua untuk nasi lebih sihat

Nak kurangkan lagi indeks glisemik nasi? Cuba langkah mudah ini:

  • Campurkan 1–2 sudu kecil minyak kelapa atau ghee ke dalam air masakan nasi.
  • Kajian dari College of Chemical Sciences, Sri Lanka (2015) membuktikan, nasi yang dimasak dengan sedikit minyak kelapa dapat mengurangkan kalori terserap dan melambatkan kenaikan gula darah.

Bonus amalan dari petua lama

Dari pesan Baba Nasruddin, untuk lembutkan hati anak dan mudah ikut kata:

  • Baca selawat 11 kali semasa membasuh beras
  • Basuh beras ikut arah lawan jam sambil berniat agar makanan yang dimasak membawa keberkatan

Kesimpulan

Petua lama bukan sekadar tradisi, ia terbukti disokong sains. Mak-mak zaman dulu mungkin tidak membaca jurnal, tetapi mereka ada firasat dan ilmu alam yang penuh hikmah.

Rendam beras sekejap pun sudah cukup untuk memberi beza antara sekadar makan kenyang dengan menikmati nasi yang sihat, berzat dan penuh keberkatan.

Baca juga: Rahsia Nenek Manfaatkan Limau Purut, Antaranya Bau Mulut Hilang & Pemutih Gigi Pun Boleh!

Sumber: Nurul Shahidah

FT Image: Nurul Shahidah / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×