Kisah guru yang kini berdepan dilema besar selepas tercetusnya kes salah laku seksual melibatkan empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap pelajar Tingkatan Tiga di Alor Gajah, Melaka, membuka mata ramai pihak tentang betapa seriusnya isu disiplin dalam kalangan pelajar hari ini.
Kes mengejutkan itu bukan sekadar mencetuskan kemarahan masyarakat, tetapi turut mengundang pelbagai luahan warga pendidik yang berasa semakin hilang kuasa untuk mendidik dan membentuk akhlak murid.
KISAH GURU SERIK MEMANUSIAKAN PELAJAR
Bagi ramai guru, mereka kini berada dalam situasi serba salah, antara ingin mendidik dengan tegas atau menjaga keselamatan dan reputasi diri sendiri. Ramai yang tampil meluahkan perasaan dalam ruangan komen di media sosial selepas laporan mengenai kejadian berkenaan tersebar luas.
Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan seorang guru yang berkata:
“Saya dah tak berani untuk marah pelajar, saya nak selamatkan diri. Pelajar hanya sekejap dalam hidup saya, tetapi keluarga lebih perlukan saya.”
Luahan itu menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi guru yang serba salah untuk menegur atau bertindak kerana takut dituduh, disaman atau disiasat.
“Saya antara guru yang pernah ke balai polis kerana cuba memanusiakan murid. Cukup sekali, tidak mahu berulang lagi. Sekarang, saya pilih untuk menyelamatkan periuk nasi sendiri,” seorang lagi guru turut berkongsi pengalaman pahitnya.
“Tiga tahun lalu, suami saya guru disiplin. Dia marah murid Tahun Enam kerana bawa dan hisap vape di sekolah. Malam itu, kami terima panggilan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) kerana ibu bapa murid berkenaan tidak berpuas hati dan buat laporan.
“Pukul 1 pagi suami saya perlu ke IPD untuk minta maaf kepada ibunya. Terpaksa bawa sekali anak-anak, termasuk yang orang kelainan upaya (OKU) kerana tiada orang lain di rumah,” kongsi seorang wanita yang menceritakan pengalaman suaminya.
Baca juga: Tular Pelekat Bahasa Rasmi Isra*l, Pesara Lelaki Dakwa Hanya Minat Tulisan Hebrew!
“Saya antara guru yang pernah dipanggil ke balai polis kerana cuba memanusiakan murid. Cukup sekali. Sekarang saya memilih untuk jaga diri sendiri, anak-anak dan keluarga saya sebaiknya. Anak murid? Dia orang ada mak bapa sendiri untuk mendidik,” seorang lagi guru turut berkongsi kekecewaan yang sama.
Ada juga yang meluahkan rasa kecewa apabila dimalukan kerana tindakan mendenda murid dianggap keterlaluan:
“Lepas saya dipersalah sebab denda murid tak siap kerja sekolah, diminta maaf kepada parent yang bagi alasan anaknya terganggu emosi sebab didenda. Akhirnya, cukuplah jadi guru yang sekadar mengajar.
“Padahal ketika mendenda, niat untuk memperbetulkan seperti mendidik anak sendiri bukan menganiaya atau memalukan. Sekarang cukuplah menjaga emosi sendiri, sedih bila ingat.”
Baca juga: Dunia Sedang Bangkit! Ketahui Beza 3 Gelombang Flotilla Ke G4z4 Tahun 2025

Gambar Sinar Harian: Teik Hwa (guru) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan terhadap seorang pelajar pada dua tahun lalu.
Kenyataan ini menunjukkan ramai guru kini memilih untuk tidak lagi tegas kerana bimbang dituduh melampaui batas. Tambahan, sejak Februari lalu larangan rotan yang dikuatkuasakan, buat mereka rasa ‘terikat tangan’ membentuk disiplin pelajar.
Dalam pada itu, kes guru ditahan akibat tindakan disiplin juga bukan perkara baru. Minggu lalu, dua guru ditahan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan rotan.
Hakikatnya, suara pendidik ini wajar diberi perhatian. Jika guru pun takut menegur, siapa lagi mampu membentuk generasi muda agar tidak terus hanyut?
Isu ini bukan sekadar soal hukuman, tetapi keseimbangan antara tanggungjawab mendidik dan menjaga keselamatan kerjaya mereka yang kian rapuh.
Sumber: ESz Sabri
FT Image: BERNAMA

