Euforia Bola 2026
Rakyat

Tular Pelekat Bahasa Rasmi Isra*l, Pesara Lelaki Dakwa Hanya Minat Tulisan Hebrew!

tulisan Hebrew

Pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular baru-baru ini kerana menampal pelekat tulisan Hebrew tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, lelaki berusia 59 tahun itu yang merupakan pesara kerajaan mendakwa pelekat tersebut dibuat atas dasar minat terhadap tulisan berkenaan dan bukan bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak.

Baca juga: Dunia Sedang Bangkit! Ketahui Beza 3 Gelombang Flotilla Ke G4z4 Tahun 2025

PENJELASAN PEMILIK PIKAP GUNA PELEKAT TULISAN HEBREW

tulisan Hebrew

Gambar BERNAMA.

Pesara itu menjelaskan bahawa pelekat bertulisan Hebrew yang membawa maksud ‘Malaysia Rumahku’ telah ditampal pada bahagian belakang kenderaan jenis Isuzu miliknya sejak tahun 2012.

Sepanjang tempoh itu, katanya, tidak pernah timbul sebarang isu berkaitan pelekat tersebut.

Menurut Dzulkhairi, lelaki berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan, Gemencheh, Negeri Sembilan sekitar jam 8 malam Selasa lalu selepas video kenderaannya tular di platform media sosial Threads dan menerima pelbagai reaksi negatif daripada warga maya.

“Tulisan Hebrew itu didakwa diolah daripada ayat asal ‘Israel Rumahku’ dan lelaki berkenaan mendakwa tidak mempunyai apa-apa mesej yang ingin disampaikan kepada Israel.

“Beliau mengaku seorang yang patriotik serta peminat pelbagai jenis tulisan asing seperti Rusia, Greek dan Hebrew. Pelekat itu ditempah di sebuah kedai di Selangor pada 2012 selain kenderaan itu kerap digunakan oleh adiknya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada Khamis.

Baca juga: 7 Kisah Hukuman Zaman Dahulu Yang Kejam, Pelik & Menggerunkan Hingga Tak Masuk Dek Akal!

Tambah beliau, pihak polis akan mendapatkan bantuan daripada pakar bahasa bagi mengesahkan maksud sebenar frasa bertulisan Hebrew berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 504(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, katanya, tiada arahan dikeluarkan kepada pemilik berkenaan untuk menanggalkan pelekat tersebut.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kenderaan itu selepas ia didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew yang membawa maksud ‘Malaysia Rumah Kami’ atau ‘Malaysia di Tangan Kami’.

Baca juga: Anak Tahan Sebak Tangkap Ayah Main Kayu Tiga Dengan Wanita Seberang “Kenapa Makan Tak Bawa Mak?”

Sumber: Harian Metro

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×