Euforia Bola 2026
Rakyat

Tular Pikap Berpelekat Bahasa Isra*l “Malaysia Rumah Kami”, Dikenal Pasti Sebagai Warga Tempatan!

bahasa rasmi Israel

Tular sebuah video memaparkan kenderaan pacuan empat roda berjenama Isuzu yang menampal pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew dan dikatakan membawa maksud “Malaysia rumah kami” hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Susulan penularan video berkenaan, Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau pada petang Selasa bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Baca juga: 7 Kisah Hukuman Zaman Dahulu Yang Kejam, Pelik & Menggerunkan Hingga Tak Masuk Dek Akal!

PIKAP BERPELEKAT BAHASA RASMI ISRAEL “MALAYSIA RUMAH KAMI”

bahasa rasmi Israel

Menurut Hairul Amin, video kenderaan tersebut mula tersebar di media sosial sekitar tengah hari Selasa dan dipercayai dirakam di dalam kawasan negeri Melaka.

Beliau menjelaskan bahawa tulisan Hebrew pada pelekat itu membawa maksud sensitif seperti “Malaysia milik kami” atau “Malaysia di tangan kami”, yang boleh dianggap sebagai bentuk provokasi, khususnya ketika isu Gaza masih menjadi perhatian dunia susulan misi Global Sumud Flotilla (GSF).

“Saya melihat video itu di media sosial sekitar jam 12 lebih dan membaca pelbagai komen daripada rakyat negeri ini yang menyatakan rasa bimbang serta marah.

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasat dari mana datangnya pelekat itu, siapa pemiliknya dan apa tujuan sebenar,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Merlimau pada Selasa.

Beliau menegaskan mesej berbentuk provokatif seperti itu tidak wajar dipaparkan di tempat awam kerana boleh menimbulkan keresahan serta menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sementara itu, video tersebut dilaporkan dikongsikan oleh seorang pengguna di platform Threads, sebelum mendapat ribuan reaksi dan komen warga maya yang kebanyakannya mengecam tindakan pemilik kenderaan berkenaan dan menuntut siasatan segera dilakukan oleh pihak berkuasa.

Baca juga: Warga Indonesia Cemburu Tapi Puji Malaysia Turunkan Harga RON95, “Pemimpin Mereka Betul-Betul Fikir Rakyat”

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan bahawa pemandu kenderaan tersebut telah dikenal pasti sebagai warga tempatan, namun belum ditahan setakat ini.

“kita sudah kenal pasti individu terbabit namun tangkapan belum dilakukan. Individu terbabit juga adalah warga tempatan,”
katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan dan laporan polis telah dibuat pada jam 3.32 petang semalam oleh seorang pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.

Menurut Dzulkhairi, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

Baca juga: “Saya Hanya Lepas Pandang Sekejap…” Ibu Cerita Saat Cemas Anak Hampir Dilarikan Di Plaza Padang Besar

Sumber: Sinar Harian / Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×