Euforia Bola 2026
Sihat

Kajian Dedah Daun Jambu Batu Boleh ‘Lawan’ Virus Influenza A, Bukan Sekadar Tanaman Biasa!

DAUN JAMBU BATU

Menerusi laman Facebook milik Dr Suri Roowi, beliau ada kongsikan bahawa daun jambu batu ternyata mampu melawan jangkitan virus influeza A.

Jelasnya, daun yang biasa tumbuh di halaman rumah ini bukan sekadar petua tradisional, tetapi telah disokong oleh kajian saintifik dari luar negara.

Baca juga: Influenza A Digelar ‘Demam Mahal’, Ibu Luah Bila Anak Kena Jangkit…Dompet Pun Sakit!

DAUN JAMBU BATU BOLEH REDAKAN VIRUS INFLUENZA A, INI CARANYA

DAUN JAMBU BATU

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Jepun pada tahun 2012, teh daun jambu batu berupaya merencatkan pertumbuhan tiga jenis virus H1N1, iaitu penyebab utama kepada penyakit influenza A.

Kajian ini membuka ruang kepada penggunaan alternatif semula jadi dalam pengurusan jangkitan virus, khususnya dalam situasi di mana sistem imun tubuh perlu diberi sokongan tambahan.

Apa yang lebih mengejutkan, hasil kajian turut menunjukkan bahawa teh daun jambu batu bersifat tiga hingga lima kali lebih kuat berbanding teh hijau dalam merencatkan pertumbuhan virus. Ini menjadikannya minuman herba paling berpotensi dalam membantu sistem pertahanan tubuh secara semula jadi.

Cara penyediaan teh ini juga mudah, anda perlu merendam 20 gram pucuk daun jambu batu yang telah dikeringkan ke dalam 1 liter air panas bersuhu sekitar 85 darjah Celsius, selama kira-kira 8 minit. Teh ini boleh diminum secara berkala sebagai langkah pencegahan atau sokongan semasa pemulihan.

Dalam kajian berasingan yang dilakukan oleh saintis dari Sepanyol dan diterbitkan dalam Journal of Chemistry pada tahun 2014, didapati bahawa ekstrak air daun jambu batu mengandungi sebanyak 48 jenis komponen berkhasiat. Ini termasuk bahan aktif seperti procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin, semuanya terkenal dengan sifat antioksidan, antiradang dan antivirus.

DAUN JAMBU BATU

Freepik

Bahan-bahan ini dipercayai memberi kesan langsung terhadap aktiviti sel-sel imun dalam tubuh dan membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat jangkitan virus.

Walaupun rawatan perubatan moden tetap penting dalam menangani penyakit seperti influenza, penggunaan bahan semula jadi seperti teh daun jambu batu boleh menjadi sokongan tambahan yang berkesan, terutama dalam penjagaan kesihatan seisi keluarga.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Suri Roowi, seorang saintis utama dalam bidang pemakanan dan produk semula jadi, daun jambu batu adalah antara bahan tempatan yang kaya dengan manfaat kesihatan tetapi masih kurang dimanfaatkan secara meluas.

Sebagai langkah pencegahan, tidak salah untuk mengamalkan minuman ini terutamanya pada musim wabak atau ketika cuaca tidak menentu. Namun begitu, individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan sebelum mengamalkan apa-apa bentuk rawatan alternatif.

Teh daun jambu batu bukan sekadar warisan tradisi, tetapi kini telah mendapat tempat dalam dunia sains moden sebagai salah satu agen sokongan melawan virus.

Baca juga: Nurse ‘Mental’ Kena Jaga Pesakit Berat Badan 140KG, “Nak Pusing Tukarkan Lampin Pun Susah…”

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×