Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Baca Surah Al-Waqiah, Tapi Tak Tahu Cara Amal Ayat 74 & 96 Jadi RAHSIA Anda Cepat Kaya Raya!

cara cepat kaya

Dalam dunia yang semakin ‘keras’ dari segi taraf kehidupan, ramai orang tercari-cari cara cepat kaya namun perlu dari segi yang halal. Salah satu amalan yang disarankan dalam Islam adalah membaca Surah Al-Waqiah yang sering disebut sebagai  ‘Surah Kekayaan’.

Ini kerana kandungannya yang mengingatkan manusia tentang rezeki, ketentuan hidup dan kebesaran Allah SWT. Namun, ramai mungkin belum tahu bahawa dua ayat terakhir dalam surah ini iaitu ayat ke-74 dan ayat ke-96 mempunyai kelebihan besar apabila diamalkan bersama zikir dan doa tertentu.

Baca juga: “Umi Pakai Baju Putih”- Anak Ardell Aryana Mimpi Syurga Indah, Ini Tafsiran Dalam Islam Buat Ramai Sebak

CARA CEPAT KAYA, INI AMALAN SURAH AL-WAQIAH DENGAN BETUL

cara cepat kaya

Foto hiasan.

Berikut ialah cara amalan yang betul sebagaimana diamalkan oleh ramai ulama dan para asatizah:

1. Amalan Pertama – Surah Al-Waqiah Ayat 74

فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Fa sabbih bismi rabbikal-‘azhim- (“Maka bertasbihlah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Agung.”)

Selepas membaca ayat ini, sambunglah dengan zikir berikut sebanyak tujuh (7x) kali:

سُبْحَانَ اللَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar, Wala haula wala quwwata illa billahil ‘Aliyyil ‘Azim.

Kemudian, bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali dengan penuh pengharapan:

اللَّهُمَّ أَغْنِنَا بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Allahumma agnina bihalalika ‘an haramika, wabita‘atika ‘an ma‘siyatika, wabifadhlika ‘amman siwak.
(Ya Allah, cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal daripada yang haram, dengan ketaatan kepada-Mu daripada maksiat kepada-Mu, dan dengan anugerah-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.)

2. Amalan Kedua – Surah Al-Waqiah Ayat 96

فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Fa sabbih bismi rabbikal-‘azhim

Ayat ini sama seperti yang pertama, dan amalan selepasnya juga dilakukan dengan cara yang sama:

Bacalah zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar, Wala haula wala quwwata illa billahil ‘Aliyyil ‘Azim sebanyak tujuh kali (7x). Diikuti dengan doa rezeki di atas sebanyak tujuh kali juga.

3. Waktu dan Niat Amalan

Amalan ini boleh dilakukan selepas membaca Surah Al-Waqiah pada waktu malam atau selepas solat. Niatkan untuk memohon rezeki yang halal, diberkati dan mencukupi, serta agar hati sentiasa bersyukur dan bergantung penuh kepada Allah SWT.

*Zikir dan doa ini bukan sekadar bacaan rutin, tetapi satu bentuk tazkirah rohani yang mengingatkan kita bahawa kekayaan sebenar bukan hanya pada harta, tetapi pada keberkatan rezeki dan ketenangan hati. Apabila dilakukan dengan ikhlas, istiqamah dan tawakal, insya-Allah Allah SWT akan membuka pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

“Barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran.”– (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

cara cepat kaya

Foto: freepik

Amalkan dengan hati yang yakin dan jiwa yang tenang. Kerana setiap zikir dan doa yang keluar dari hati yang tulus adalah benih keberkatan dalam hidup kita. Semoga kita semua cepat kaya yang diberkati!

Baca juga: Syukur! Rantai Emas Hilang Bernilai RM600 ‘Dipulangkan’ Semula Selepas Ikhtiar Baca 7 Doa Ini

Sumber: Tiktok @UstadzAbdulQadir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×