Euforia Bola 2026
Sihat

Nurse ‘Mental’ Kena Jaga Pesakit Berat Badan 140KG, “Nak Pusing Tukarkan Lampin Pun Susah…”

berat badan berlebihan

Baru-baru ini, seorang jururawat, Mimi Bukhari, berkongsi pengalamannya ketika menjaga seorang pesakit obes yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga mencecah 140 kilogram.

Realiti ini dirasai secara langsung oleh para petugas kesihatan, terutamanya jururawat yang bertugas secara syif dan berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit setiap hari.

Baca juga: Influenza A Digelar ‘Demam Mahal’, Ibu Luah Bila Anak Kena Jangkit…Dompet Pun Sakit!

JURURAWAT GESA JANGAN BIARKAN BERAT BADAN BERLEBIHAN SAMPAI 140KG

BERAT BADAN BERLEBIHAN

Freepik

Menurutnya, berat pesakit tersebut menyamai jumlah gabungan berat badan tiga orang jururawat yang bertugas pada syif malam itu. Keadaan ini menimbulkan cabaran besar dari segi penjagaan asas pesakit, terutamanya apabila pesakit tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri.

Antara rutin yang perlu dilakukan termasuk menukar lampin pakai buang, menarik badan pesakit untuk betulkan semula posisi di atas katil, serta memastikan pesakit dalam keadaan bersih dan selesa.

Terdapat tanggapan umum dalam masyarakat bahawa berat badan seseorang adalah isu peribadi yang tidak menjejaskan orang lain.

Namun, kenyataan ini tidak sepenuhnya tepat, khususnya dalam konteks rawatan dan penjagaan di hospital. Pesakit obes yang terlantar memerlukan lebih banyak bantuan fizikal dan sumber, dan secara tidak langsung meningkatkan beban kerja kepada petugas kesihatan.

“Ada pesakit yang beratnya melebihi 140kg, bersamaan dengan jumlah berat badan kami, tiga orang jururawat syif malam. Bayangkan macam mana kami bertiga perlu mengalihkan badan dia untuk menukar lampin pakai buang. Nak tarik badan sedikit ke atas pun memerlukan tenaga yang sangat banyak, semata-mata untuk memastikan dia selesa.

BERAT BADAN BERLEBIHAN

“Letihnya tidak terkata, badan sengal sampai ke pagi. Bila ada yang berkata, “Biarlah berat badan lebih 100kg pun, bukannya menyusahkan orang”, hakikatnya kamilah yang menanggung kesusahannya.

“Pesakit terbaring di atas katil dan kami yang terpaksa memerah kudrat menguruskan segalanya dari mencuci seluruh badan, hinggalah ke memotong kuku. Kuku pun sudah melengkung tajam, macam boleh digunakan untuk mencangkul tanah. Saya sendiri pun mula rasa takut apabila berat badan semakin naik,” luahnya di laman Facebook.

Perkongsian seperti ini wajar dijadikan peringatan bahawa penjagaan kesihatan diri bukan hanya untuk kebaikan individu, tetapi juga bagi memudahkan proses rawatan jika berlaku sebarang kecemasan atau keuzuran. Dalam masa yang sama, ia juga mengurangkan beban fizikal dan emosi kepada petugas kesihatan yang menjaga.

Masyarakat disarankan untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang, aktiviti fizikal berkala, serta pemeriksaan kesihatan secara berkala. Obesiti bukan sekadar isu kosmetik atau penampilan, tetapi satu isu kesihatan awam yang perlu ditangani secara kolektif oleh semua pihak.

Baca juga: Dr Amalina Berjaya Raih PhD Dari Imperial College London, Umur 38 & Ibu Anak Dua Bukan Penghalang!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×