Euforia Bola 2026
Famili

KPM Umum 72 Sekolah Akan Jalani PdPR, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober Ini

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47

Sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Oktober ini.

Menteri Pendidikan Datuk Fadhlina Sidek, berkata ketetapan itu dibuat memandangkan sekolah berkenaan berada di laluan yang digunakan untuk membawa delegasi atau pemimpin luar negara bagi menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Baca juga: Ibu Biarkan Anak Belajar Bercakap Guna YouTube, Akhirnya Menyesal Bila Dapat Tahu Ada Penyakit Ini!

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47, SEBANYAK 72 SEKOLAH DI KL PDPR

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47

“Pembelajaran akan berlangsung seperti biasa menerusi proses PdPR, yang melibatkan guru dan murid di 72 buah sekolah tersebut,” jelasnya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pihak media selepas menghadiri program Town Hall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli bersama pelajar-pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).5

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini, dengan kehadiran pemimpin dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea serta negara-negara anggota ASEAN.

Mengulas mengenai laporan bahawa KPM mencatatkan jumlah tertinggi projek kritikal yang mengalami kelewatan di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa beliau telah meneliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 dan akan memberikan penjelasan lanjut di Dewan Rakyat pada keesokan harinya.

“Kita sudah meneliti laporan tersebut dan esok saya akan memberikan penerangan di Parlimen berkaitan perkara yang telah dibangkitkan dalam laporan itu. Penjelasan hari ini hanya respons awal, manakala esok akan menjadi ruang bagi wakil setiap negeri untuk memberi maklum balas terhadap isu-isu berkenaan,” katanya.

Berdasarkan laporan media, KPM telah mencatatkan jumlah tertinggi projek yang mengalami kelewatan di bawah RMK12 dengan sebanyak 46 projek, menurut dapatan LKAN 3/2025.

Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 157 projek kerajaan dikenal pasti mengalami kelewatan, melibatkan sebanyak 18 kementerian secara keseluruhan.

Baca juga: Ibu Terkejut Satu Badan Menggigil Selepas Bersalin, Nak Pegang Anak Pun Tak Larat! Rupanya Ini Punca

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×