Euforia Bola 2026
Rakyat

Kuala Lumpur Bakal ‘Lockdown’ Penuh Minggu Depan, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47!

bandaraya kuala lumpur

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bakal ditutup sepenuhnya minggu depan apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 23 hingga 28 Oktober ini.

Langkah itu diumumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang memaklumkan bahawa pihak polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi sepanjang tempoh sidang kemuncak berprestij tersebut bagi memastikan keselamatan pemimpin dunia yang hadir.

Baca juga: Kes Pelajar Rog*l Cetus Luahan Ramai Guru, Serik Nak Mendidik & Kini Pilih ‘Selamatkan Periuk Sendiri’

BANDARAYA KUALA LUMPUR AKAN ‘LOCKDOWN’ PENUH MINGGU DEPAN

bandaraya kuala lumpur

Gambar: Berita Harian

“Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, khususnya dari negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur, bermula 23 Oktober bagi membantu kawalan keselamatan dan melancarkan aliran trafik.

“Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan,” katanya pada satu sidang media.

Sekolah dan penjawat awam beralih ke mod dalam talian 

Bagi mengelakkan kesesakan di pusat bandar, kira-kira 70 buah sekolah akan beralih kepada kelas dalam talian sepanjang tempoh sidang kemuncak berlangsung.

Dalam masa yang sama, semua penjawat awam yang bekerja dalam radius 25 kilometer dari pusat bandar turut diarahkan untuk bekerja dari rumah (WFH) mulai 23 hingga 28 Oktober.

Langkah ini dijangka dapat memastikan kelancaran persiapan dan keselamatan di kawasan sekitar lokasi utama persidangan.

Baca juga: Bakal Mentua Batal Nikah Lepas Tahu Pemuda Ini Peniaga Pasar Malam, Siap Hina “Kerja Kau Tak Ada Pencen!”

Kehadiran pemimpin dunia

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini bakal menyaksikan kehadiran presiden Brazil, Afrika Selatan dan beberapa pemimpin berpengaruh lain yang dijemput sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN.

Selain itu, Cyprus dan Finland turut dijangka diumumkan sebagai rakan dialog baharu ASEAN pada sidang kali ini.

Turut menjadi tumpuan ialah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dijadual menghadiri sidang kemuncak tersebut bersama pemimpin tertinggi rantau Asia Tenggara.

Keselamatan jadi keutamaan

PDRM memandang serius aspek keselamatan sepanjang tempoh acara ini, termasuk kawalan trafik, keselamatan laluan konvoi, penginapan serta lokasi rasmi pemimpin.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memasuki pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan kecuali bagi urusan penting dan mematuhi arahan keselamatan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Baca juga: “Saya Hanya Lepas Pandang Sekejap…” Ibu Cerita Saat Cemas Anak Hampir Dilarikan Di Plaza Padang Besar

Sumber: Berita Harian

FT Image: Malay Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×