Euforia Bola 2026
Asuh

Memang Selalu ‘Mengaum’ Bila Jaga Anak Lelaki, Tapi Tak Sangka Kelebihan Ini Buat Hati Tenang…

kelebihan anak lelaki

Kelebihan anak lelaki yang ramai tidak nampak sering tersembunyi di sebalik sikap mereka yang aktif, lasak dan sukar dikawal. Ramai ibu bapa terlalu fokus pada tingkah laku yang bising atau tidak duduk diam, hingga terlupa bahawa semua itu adalah sebahagian daripada proses pembentukan jati diri seorang lelaki yang kuat, berani dan bertanggungjawab.

Malah, tidak kurang juga yang rasa malu atau terganggu apabila anak mereka dipandang serong oleh jiran atau orang sekeliling akibat kelakuan yang kelihatan terlalu aktif.

Baca juga: Anak Lahir Normal Tapi Lepas Kerap Jatuh, Berubah Jadi ‘Istimewa’! Jangan Abaikan Risiko Ini

KELEBIHAN ANAK LELAKI YANG RAMAI TAK NAMPAK

KELEBIHAN ANAK LELAKI

Freepik

Hakikatnya, sifat lasak, ingin tahu dan bertenaga yang dimiliki oleh anak lelaki adalah sebahagian daripada fitrah semula jadi mereka. Ia bukan satu bentuk kelakuan yang perlu ditekan atau disekat, tetapi perlu dibimbing dan disalurkan kepada perkara yang membina.

Biarlah mereka bermain dengan lumpur, memanjat pokok atau melompat sepuas hati. Semua itu adalah proses perkembangan penting untuk tubuh badan, minda dan emosi mereka. Apa yang kelihatan seperti kekacauan pada pandangan mata dewasa, sebenarnya adalah latihan kehidupan bagi anak kecil yang sedang belajar mengenal dunia.

Terdapat beberapa keistimewaan anak lelaki yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan ibu bapa, antaranya:

1. Emosi mereka kuat, tetapi memerlukan panduan

Anak lelaki sering dilabelkan sebagai ‘kurang berperasaan’, walhal mereka menyimpan banyak emosi yang tidak tahu cara menzahirkan. Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa untuk membantu mereka belajar meluahkan secara sihat.

2. Pelukan dan kata-kata sayang memberi kesan mendalam

Walaupun tidak selalu menunjukkan reaksi yang jelas, anak lelaki sangat memerlukan belaian dan pengiktirafan kasih sayang daripada ibu bapa.

3. Mereka membesar menjadi penyayang apabila diasuh dengan penuh perhatian

Anak lelaki yang dibesarkan dengan kasih sayang dan disiplin seimbang akan menjadi lelaki bertanggungjawab yang tahu menghormati wanita dan memimpin keluarga.

4. Sejak dalam kandungan, anak lelaki sering menjadi harapan dan doa utama kedua-dua ibu dan bapa

Maka tidak wajar apabila mereka membesar, kita terlalu cepat meletakkan label negatif hanya kerana sifat lasak yang mereka tunjukkan.

Aktif bukan bermaksud degil. Lasak bukan bermaksud nakal. Anak lelaki sedang belajar mengenali siapa diri mereka. Ibu bapa tidak seharusnya bertindak kasar, apatah lagi menghukum mereka secara fizikal atau emosi apabila berlaku kesilapan.

Sebaliknya, anak lelaki yang terlalu aktif boleh dialihkan perhatiannya kepada aktiviti yang lebih terarah seperti sukan, eksplorasi alam, permainan membina dan sebagainya. Inilah masa untuk membentuk disiplin, ketahanan mental dan sifat kepimpinan mereka.

Anak lelaki hari ini adalah lelaki dewasa masa hadapan. Mereka bakal menjadi:

  • Imam solat lima waktu untuk keluarga
  • Pelindung ibu dan adik-beradik
  • Penjaga maruah keluarga
  • Insan yang akan mengimamkan solat jenazah kita sendiri.

Justeru, jangan sesekali anggap anak lelaki sebagai beban hanya kerana mereka lebih mencabar untuk dijaga. Lasak mereka hari ini adalah sebahagian daripada latihan kehidupan untuk menghadapi cabaran esok hari.

Berikan mereka pelukan, kata-kata penghargaan dan didikan dengan penuh kasih sayang. Anak lelaki yang dibesarkan dengan perhatian dan cinta akan menjadi saham akhirat paling berharga buat ibu dan ayahnya.

Baca juga: Anak 4 Tahun Alami Kencing Berdarah & Muka Jadi Gelap, Makanan & Minuman Berwarna Jadi Punca

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×