Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Panik Tertekan Bahasa Inggeris Di Mesin ATM & Terus Keluar Bank Tanpa Duit, Buat Netizen Gelak Sakan

mesin ATM

Satu kisah menghiburkan dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, UMe Cikin, apabila dia menceritakan pengalaman cemas tetapi lucu ketika mahu mengeluarkan duit di mesin ATM. Cerita ringkasnya, niat asal nak cucuk duit, tapi akhirnya tak jadi gara-gara tersalah tekan butang pilihan bahasa.

Menurut perkongsian itu, keadaan jadi semakin memalukan kerana ramai orang beratur di belakangnya. Situasi tersebut membuatkan dia gelabah, sampai-sampai memilih untuk keluar bank tanpa mengambil duit.

Baca juga: “Bini Saya Rosnah! Sila Naik Bas” – Suami Sweet Jemput Isteri Terkandas Di MRT Buat Netizen Geli Hati

KISAH LUCU GUNA MESIN ATM

mesin ATM

Gambar oleh UMe Cikin.

Tulisnya di hantaran,

“Kau pernah ke pergi mesin ATM nak ambil duit, lepastu tertekan pilihan butang bahasa Inggeris untuk arahan? Aku pernah. Masa itu nak ambil duit dekat Maybank. Orang ramai gila beratur nak ambil duit dekat ATM.

“Bila tiba giliran aku, entah mana-mana aku boleh tekan bahasa Inggeris sebagai pilihan bahasa. Terus otak aku koma. Eh apa ini? Kenapa tiba-tiba tak faham.

“Bahasa yang keluar dekat skrin ATM terasa sangat asing di mata aku. Susah aku nak faham. Seperti susahnya aku memahami bahasa cinta kita. Huwoooooo..

“Aku pandang belakang orang dekat belakang dah lama tunggu giliran. Makin lama makin ramai pulak tu. Aku punyalah panik, last-last aku tekan butang cancel, aku keluar bank. Tak jadi aku keluarkan duit.

“Jilaker, mudahnya maruah aku dipijak-pijak oleh mesin ATM. Kau ingat eh, kau jangan berlagak kau pakai iPhone 17 Pro Max storage 1TB.

“Sebab apa? Sebab walaupun iPhone 17 Pro Max kau pakai arahan Inggeris, kehebatan kau belum tentu terbukti kalau depan ATM kau tak boleh keluarkan duit dengan arahan bahasa Inggeris. Faham? Tak faham sudah,” kongsinya lagi.

Baca juga: Warga Indonesia Cemburu Tapi Puji Malaysia Turunkan Harga RON95, “Pemimpin Mereka Betul-Betul Fikir Rakyat”

Gelagat ini nyata mencuit hati ramai warga maya. Ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi dan pengalaman serupa. Antaranya:

“Lepas klik cancel, acah-acah buat muka kecewa sambil mengeluh kononnya duit gaji belum masuk. Lepas tu tunggu luar, dah clear baru masuk balik. Aku la tu. Anosayyo betul.

“Mahu share, aku pernah tertekan bahasa Mandarin di ATM, gelabah macam mana mahu cancel, last-last baru otak dapat berfikir tekan saja button untuk cancel, keluar juga kad ATM aku.

“Last-last keluar duit ikut kaunter ke? Siot orang lama.

“Walaupun ko kat univ bidang TESL, cucuk duit wajib pilih bahasa Melayu. Jangan main-main dengan duit tau.

“We’re humbled by ATM machine hahaha,” antara komen yang ditinggalkan.

Kisah ringkas ini bukan saja membuat ramai ketawa, malah mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika berurusan di mesin ATM. Jangan sampai tersalah bahasa, nanti panik tak berduit dibuatnya!

Baca juga: “Alahai Bertuahnya Anak…” Bantu Jual Kek Sampai Laku Habis Rupanya Secara Percuma, Si Ibu Terkedu Rugi 2 Hari

Sumber: UMe Cikin

FT Image: Penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×