Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aminah menarik perhatian ramai selepas memuat naik video memberi peringatan tentang kandungan hati babi (khinzir) dalam sesetengah makanan kucing terutamanya jenis wet food.
Dalam video tersebut, Aminah memberi nasihat kepada pemilik kucing supaya lebih berhati-hati ketika membeli makanan haiwan peliharaan terutama bagi yang beragama Islam.
Baca juga: Ustaz Kongsi Doa Agar Aurat Tidak Dilihat Oleh Jin, Setiap Kali Buka Baju, Kena Baca!
MAKANAN KUCING JENIS WETFOOD ADA CAMPURAN HATI BABI

Dia turut menyarankan agar menyemak label kandungan dengan teliti bagi mengelakkan terbeli makanan yang mengandungi bahan meragukan.
“Hati-hati beli makanan kucing, ada campuran khinzir dalam tu,” tulis Aminah pada kapsyen video berkenaan yang kini tular di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa terkejut, malah ada yang berkongsi pengalaman pernah disarankan oleh doktor haiwan untuk memberi makanan mengandungi khinzir kepada kucing mereka, terutama ketika haiwan tersebut sakit atau memerlukan pemakanan khusus.
“Selalunya makanan kucing yang ada babi ni untuk kucing special need. Kalau kucing sihat tak ada,” komen seorang pengguna.
Malah, ada juga yang memaklumkan bahawa beberapa jenama terkenal makanan kucing antarabangsa menggunakan khinzir sebagai antara bahan utama dan ia biasa dijumpai dalam pasaran.
Beberapa individu turut mencadangkan langkah berjaga-jaga, seperti menggunakan bekas pakai buang. memakai sarung tangan dan mengelakkan tangan daripada terkena makanan tersebut secara langsung jika pengguna risau mengenai aspek penyucian diri.

Memberi makanan yang mengandungi unsur babi kepada kucing tidak dianggap melanggar hukum agama memandangkan haiwan bukanlah makhluk yang terikat dengan tuntutan syariat seperti manusia. Oleh itu, pemberian makanan tersebut kepada kucing tidak menimbulkan sebarang kesalahan dari sudut hukum.
Namun begitu, sekiranya pemilik kucing tersentuh secara langsung makanan yang mengandungi bahan berunsur khinzir, maka tangan atau anggota yang terkena itu perlu disucikan mengikut kaedah sertu. Proses sertu melibatkan tujuh kali cucian dengan satu daripadanya menggunakan air bercampur tanah dan enam kali berikutnya dengan air bersih.
Dalam situasi lain, jika seseorang hanya tersentuh najis kucing selepas haiwan itu memakan makanan yang mengandungi unsur khinzir, maka tidak perlu dilakukan sertu Hal ini kerana tiada ‘ain atau zat jelas daripada bahan najis berat itu dapat dilihat pada najis kucing tersebut, menjadikan ia tidak dikira sebagai terkena najis mughallazah secara langsung.
Jika makanan kucing yang mengandungi unsur khinzir itu terjatuh ke lantai atau diletakkan dalam bekas makanan khas, ia hanya perlu dibersihkan secara biasa sahaja tanpa memerlukan sertu. Ini kerana najis itu tidak menyentuh tubuh badan manusia atau digunakan untuk tujuan ibadah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Isteri Enggan Layan & Tak Tunaikan Nafkah Batin, Masih Layak Terima Nafkah Daripada Suami Ke?
Sumber: Mufti Negeri Selangor & TikTok
