Pelakon Datin Atikah Suhaime berdepan detik mencemaskan apabila anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, terjatuh selepas buaian elektrik yang digunakan tiba-tiba roboh.
Peristiwa mengejutkan itu meninggalkan kesan emosional yang mendalam kepada Atikah, atau nama penuhnya Nur Atikah Suhaime, 34, sehingga dia merasakan dirinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.
Baca juga: Bapa Mohon Doakan Keajaiban Buat Anak, Kini Kritikal Akibat Kepala Dipukul Dengan Tukul
ANAK ATIKAH SUHAIME JATUH BUAIAN, “MAMI MINTA MAAF…”

Perkongsian mengenai kejadian tersebut dimuat naik oleh Atikah sendiri menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya.
“Sebenarnya salah saya. Suami saya tengok rupanya salah pasang jadi buaian itu jatuh. Saya dah pakai selama tiga bulan. Ini semua salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu. Semalam merupakan satu kejadian trauma buat saya, tetapi apabila melihat Mulan akhirnya nak juga makan bubur nasi, saya rasa gembira. Semoga baby di luar sana semua sihat selalu,” luahnya kecewa.
Menurut Atikah, kejadian itu berlaku sewaktu dia meninggalkan anaknya bersama pembantu rumah untuk menunaikan solat Asar.
“Saya memang ada pembantu dan ketika itu saya hanya tinggal sekejap untuk solat. Tapi benda itu tetap berlaku. Saya terfikir, macam mana pula dengan ibu-ibu yang tiada pembantu, bagaimana mereka menguruskan anak sambil bekerja?

“Mami minta maaf. Tak kisahlah apa pun situasinya, berhentilah seketika dan beri tumpuan pada anak. Anak-anak hanya kecil sekali sahaja dalam hidup,” jelasnya.
Disebabkan insiden tersebut, Mulan mengalami luka ringan pada bahagian hidung tetapi berada dalam keadaan stabil setelah melakukan pemeriksaan.
Sebagai makluman, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung mereka, Lyla Mulan, pada 8 Mac lalu.
Baca juga: Tular Video Tuan Bagi Makanan Kucing Ada Hati Babi, “Eh Boleh Ke? Apa Hukumnya Dalam Islam”
Sumber: Atikah Suhaimie
