Jangkitan paru paru boleh menjadi serius jika tidak dirawat dengan betul, namun ramai tidak tahu bahawa ada cara semula jadi yang boleh membantu menyokong proses pemulihan dan ‘membersihkan’ paru-paru secara perlahan dan selamat.
Walaupun rawatan perubatan tetap penting, langkah tambahan dengan cara semula jadi ini boleh memberi kelegaan, terutamanya bagi mereka yang sedang dalam fasa pemulihan daripada jangkitan seperti pneumonia atau bronkitis.
Baca juga: jBerhenti Guna Anak Obesiti Sebagai Konten Media Sosial, Tak Comel & Kena Ambil Serius
ALAMI JANGKITAN PARU PARU, INI CARA SEMULA JADI NAK ‘BERSIHKAN’

Freepik
Paru-paru yang sihat sangat penting untuk pernafasan yang lancar. Jika sering batuk, sesak atau ada lendir berlebihan, cubalah petua tradisional berikut:
1. Bawang merah & bawang Putih
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang merah (saiz sederhana)
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu madu asli
- 1 gelas air
– Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
– Rebus bersama segelas air hingga mendidih.
– Tapis dan biarkan suam.
– Tambah 1 sudu madu asli.
– Minum 2 kali sehari (pagi dan malam) selama 3–5 hari atau sehingga batuk berkurangan.
2. Teh halia + madu
Bahan-bahan:
- Halia
- Madu
– Rebus hirisan halia segar, tapis dan tambah madu.
– Minum untuk membantu mencairkan kahak dan mengurangkan radang.
3. Air kunyit + susu suam
Bahan-bahan:
- Serbuk kunyit
- Susu suam
– Campurkan ½ sudu serbuk kunyit ke dalam segelas susu suam.
– Minuman ini merupakan anti-radang semula jadi, sesuai untuk bronkitis.
4. Inhalasi stim (wap panas)
Bahan-bahan:
- Daun pudina/serai
– Didihkan air bersama daun pudina atau serai.
– Sedut wap selama 5–10 minit untuk mencairkan lendir di dalam badan.

Freepik
5. Jus lobak merah
– Kisar lobak merah dan minum jusnya setiap hari.
– Jus ini kaya dengan beta-karoten untuk kesihatan paru-paru.
6. Air perahan lemon + madu
Bahan-bahan:
- Lemon
- Madu
– Campurkan ½ jus lemon dengan air suam dan madu.
– Minum untuk tingkatkan imun dan buang toksin dari saluran pernafasan.
Petua ini sesuai sebagai rawatan tambahan. Jika batuk berterusan lebih 2 minggu, ada darah atau sesak teruk, segera dapatkan rawatan doktor. Semoga bermanfaat!
Baca juga: ‘Menyamar’ Jadi Makanan Sihat Tapi Diproses, Elakkan 10 Senarai Ini Bermula Sekarang!
Sumber: Facebook
