Euforia Bola 2026
Inspirasi

8 Pasangan Kembar Daftar Serentak Sebagai Pelajar Baharu UUM, Unik & Meriah Macam Kenduri!

pendaftaran pelajar uum

Sesi pendaftaran pelajar UUM (Universiti Utara Malaysia) tahun ini mencatat momen unik dan mencuri perhatian pada Minggu Suai Kenal (MSK) A251 Sesi 2025/2026 apabila bukan satu, bukan tiga, tetapi lapan pasangan kembar hadir serentak sebagai pelajar baharu universiti itu.

Kehadiran mereka seolah-olah menambahkan seri dan warna pada suasana pendaftaran, menjadikan sesi kemasukan kali ini lebih meriah dan penuh keistimewaan!

Baca juga: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum Daftar, Pelajar Yatim Piatu Heret Bag Masuk UUM Sendirian Undang Air Mata..

9 PASANGAN KEMBAR DALAM PENDAFTARAN PELAJAR UUM, MEMANG MERIAH!

pendaftaran pelajar uum

Antara pasangan kembar yang mendaftar ialah:

1. Nurul Aimi Nadiah & Nurul Aimi Nadhirah Hamzah
2. Nur Fathihah & Nur Fitriyah Fadzil
3. Nur Syazwana & Nur Syazana Aswawi
4. Arief Abdullah & Aziem Abdullah Rosli
5. Ooi Ching Qi & Ooi Ching Mei
6. Cham Jia Pei & Cham Jia En
7. Vinnushah & Vishal Arasu
8. Nadiah Nadirah & Lia Malisa Amir Hassan

“Kejayaan Abang & Kakak Jadi Inspirasi Kami”

pendaftaran pelajar uum

Dalam temu bual bersama Jabatan Komunikasi Korporat (JKK) UUM, pasangan kembar Nurul Aimi Nadiah & Nurul Aimi Nadhirah mengakui mereka amat teruja memulakan kehidupan kampus bersama.

“Kejayaan abang dan kakak jadi penguat semangat kami untuk berjaya di sini,” kata mereka berdua penuh yakin.

Sementara itu, pasangan kembar Nur Fathihah & Nur Fitriyah sudah menetapkan hala tuju mereka sejak awal lagi.

“Impian kami ialah menjadi akauntan bertauliah suatu hari nanti,” ujar mereka dengan semangat membara.

Kehadiran lapan pasangan kembar ini turut menimbulkan persoalan lucu dalam kalangan orang ramai dengan tertanya adakah mereka wajar ditempatkan sebilik atau lebih sesuai dipisahkan di kolej kediaman berlainan? Apa pun keputusan nanti, pastinya pengalaman mereka di UUM bakal menjadi cerita menarik untuk dikenang.

Situasi ini menjadikan Minggu Suai Kenal UUM 2025 lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran mereka bukan sahaja mencuri tumpuan warga kampus, malah menyuntik semangat kebersamaan serta keunikan dalam komuniti pelajar baharu universiti itu.

Tidak hairanlah, pendaftaran kali ini akan dikenang sebagai salah satu momen paling istimewa dalam sejarah MSK UUM. Jangan sampai tersilap pasangan kembar ya!

Baca juga: Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja!

Sumber: Universiti Utara Malaysia Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×