Euforia Bola 2026
Famili

“Umar Love Zairul”- Dulu Main Bola & Sungai, Kini Terjumpa Surat Cinta Sesama Budak Lelaki…Apa Dah Jadi?

surat cinta

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi kisah mengejutkan apabila dia menemui surat cinta budak sekolah yang telah dibuang di atas jalan.

Lebih mengejutkan adalah surat cinta itu adalah dari budak lelaki yang ditujukan kepada rakan sekolah juga seorang lelaki! Kisah ini segera mencetuskan perbincangan hangat di media sosial kerana ia dianggap sebagai tanda semakin menularnya budaya luar tabii dalam kalangan generasi muda.

Baca juga: Program ‘Self Healing’ Songsang Dapat Kecaman, Ajar Isteri Puaskan Diri Sendiri & Selit Unsur Syirik!

SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH  ‘UMAR & ZAIRUL’ CETUS KERISAUAN RAMAI

surat cinta

Yang Betul: Cinta Lelaki-Perempuan, Fitrah

Yang Salah: Cinta Lelaki-Lelaki, Luar Tabii

Dalam budaya dan ajaran agama di Malaysia, hubungan kasih sayang antara lelaki dan perempuan dianggap fitrah yang membawa kepada pembinaan rumah tangga serta kesinambungan generasi. Namun, apabila cinta itu ditujukan kepada sesama jantina, ia dilihat bertentangan dengan tabii manusia.

Jika dahulu, surat cinta sekolah biasanya berbunga-bunga antara lelaki kepada perempuan, kini muncul pula kes di mana lelaki menulis ungkapan rindu dan meluahkan sayang kepada lelaki lain. Situasi ini menimbulkan kebimbangan besar masyarakat.

Pengaruh Media & Gaya Hidup Moden

surat cinta

Ramai yang menyalahkan media Barat, seperti drama dan filem Hollywood serta platform hiburan lain kerana semakin banyak menampilkan pasangan sejenis sebagai sesuatu yang ‘normal’ dan ‘diterima’.  Keadaan ini dipercayai memberi kesan kepada remaja yang masih dalam fasa mencari identiti.

Tambahan pula, pendedahan awal kepada gajet dan media sosial tanpa kawalan ibu bapa menyebabkan anak-anak mudah terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai dengan usia dan nilai budaya tempatan.

Ramai yang meninggalkan komen bahawa generasi dahulu membesar dengan aktiviti lasak seperti bermain bola, berkubang di sungai, memanjat pokok, atau berbasikal bersama rakan-rakan. Rasa persahabatan lelaki ketika itu lebih kepada kebersamaan, setiakawan dan kekuatan fizikal, bukannya berlandaskan emosi bercorak romantik sesama jantina.

Minta dijauhkan anak-anak kita dengan budaya yang memalukan serta luar dari fitrah manusia ini. Jangan biarkan terjerumus dalam dunia songsang!

@epymachoo @neb Mende ni sia #fypシ゚ #fypage #umar #zairul ♬ original sound – dep

Baca juga: “Suami Suka Saya Guna Mulut Atau Lidah..”- Doktor Nasihat Para Isteri Jangan Geli, Inilah Teknik Cik Abang Gila Bayang!

Sumber: Tiktok @epymachoo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×