Seorang wanita di laman media sosial meluahkan rasa kurang senangnya terhadap trend segelintir ibu bapa yang gemar menjadikan anak obesiti mereka sebagai bahan konten di media sosial.
Menurutnya, dia hairan bagaimana ada ibu bapa yang tanpa rasa bersalah memuat naik gambar atau video anak mereka yang jelas mengalami masalah berat badan berlebihan, lalu menganggapnya sebagai sesuatu yang “cute” atau menghiburkan.
Baca juga: Lelaki Tak Dikenali Selamba Pegang Paha Budak 3 Tahun, Bila Dijerkah Terus Lari Tak Cukup Tanah!
ANAK OBESITI BUKAN KONTEN DI MEDIA SOSIAL, TAK COMEL PUN

Freepik
“Maaf tapi tak pernah rasa ibu ayah yang post gambar atau video anak mereka gemuk, jadikan konten media sosial sebagai healthy atau comel. Tak comel langsung ya. budak-budak yang obesiti dekat sekolah ini, time perhimpunan tak boleh duduk, dekat padang tak boleh duduk, tak boleh lari tak boleh buat aktiviti. Jagalah anak itu elok-elok,” jelasnya.
Tambah wanita itu lagi, realiti sebenar yang perlu difahami ramai ialah bahawa obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukan sesuatu yang comel atau boleh diketawakan. Ia adalah satu isu kesihatan yang serius dan memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian kanak-kanak tersebut, terutama ketika di sekolah.
Dia turut menegaskan bahawa kanak-kanak yang mengalami obesiti sejak kecil berisiko tinggi untuk terus kekal gemuk sehingga dewasa, sekali gus terdedah kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti diabetes, masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
Apa yang lebih mengecewakan, sikap ‘enabler’ dalam kalangan warganet yang menyokong dan menggalakkan konten sebegitu dengan komen-komen positif.
Luahan ini mendapat perhatian ramai yang turut berkongsi pandangan serupa. Ramai bersetuju bahawa tanggungjawab ibu bapa bukan hanya menyediakan kasih sayang, tetapi juga memastikan anak-anak dibesarkan dengan gaya hidup sihat sejak kecil.
Obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukan sekadar isu penampilan, ia adalah soal kesihatan jangka panjang. Sebelum kita menormalisasikan atau memviralkan sesuatu, fikirkanlah kesan psikologi dan fizikal kepada anak-anak itu sendiri. Jangan jadikan mereka mangsa demi ‘likes’ dan perhatian di media sosial.
Baca juga: Remaja 13 Tahun Meninggal Dunia, Sakit Perut & Muntah Lepas Makan 3 Paket Mi Segera Mentah!
Sumber: Threads
