Euforia Bola 2026
Asuh

Budak 2 Tahun Ditemui Di Sisi Ibu Tak Bernyawa Dalam Rumah, Bertahan Hidup Makan Jeli & Snek Berselerak

ibu meninggal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa melalui detik getir apabila dibiarkan sendirian bersama jasad ibu meninggal dunia di rumah sewa mereka.

Namun, sangat mengejutkan ramai apabila selama beberapa hari, si kecil itu hanya bertahan hidup dengan memakan jeli, snek, sepotong labu dan minuman herba yang ada di sekelilingnya. Sedihnya…

Baca juga: Bayi Sawan Tiba-Tiba, Ibu Menangis Bawa Kereta, Pemandu Lain Tak Bagi Laluan Walaupun Double Signal!

IBU MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH, BUDAK USIA 2 TAHUN ‘BERTAHAN’ HANYA MAKAN SNEK

ibu meninggal

Foto: Kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

Tragedi menyayat hati ini berlaku di daerah Cangnan, Wenzhou, China. Keadaan mula terbongkar apabila rakan kepada ibu kanak-kanak tersebut, seorang wanita berusia 28 tahun dikenali sebagai Zheng, datang ke rumah setelah gagal menghubunginya selama beberapa hari.

Setibanya di lokasi, polis menemukan Zheng sudah meninggal dunia, manakala anak kecilnya yang digelar Mianmian ditemui dalam keadaan kotor, hanya memakai lampin dan baju nipis. Sepanjang tempoh itu, dia bergantung kepada makanan ringan yang berselerak di dalam bilik ibunya untuk terus hidup.

Seorang jiran yang bersimpati segera memandikan Mianmian, memberinya makanan panas serta pakaian bersih sebelum dia dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ibu Alami Kesusahan Hidup Dari Kecil…

ibu meninggal

Foto: Keadaan peti sejuk yang tidak terurus.

Menurut laporan media tempatan, kehidupan Zheng memang dipenuhi kesusahan sejak kecil. Kedua-dua ibu bapanya menghidap kecacatan intelektual dan hanya bergantung kepada bantuan kebajikan, manakala dia bersama adiknya dibesarkan oleh nenek.

Lebih memilukan, Zheng mempunyai tiga orang anak hasil daripada tiga hubungan berbeza. Dua anak terdahulu kini dijaga oleh bapa masing-masing, sementara Mianmian ialah anak hasil perhubungan dengan seorang lelaki yang dikenalinya secara dalam talian.

Namun, pasangan itu tidak pernah berkahwin secara sah, dan hubungan mereka mula renggang selepas kelahiran anak tersebut pada Februari 2023. Malah, komunikasi terakhir antara mereka hanya berlaku pada Februari lalu sebelum Zheng memutuskan semua hubungan.

Ahli keluarga bagaimanapun menolak andaian bahawa Zheng meninggalkan anaknya dengan sengaja. Mereka percaya kematiannya berpunca daripada penyakit mendadak kerana dia pernah mengadu mengalami masalah tekanan darah serta mendapatkan rawatan suntikan.

“Dia amat menyayangi anak bongsunya ini kerana tidak berpeluang menjaga dua anak sebelumnya. Malah dia pernah berkata, Mianmianlah yang akan menemaninya pada hari tua,” ujar seorang saudara, Chen Lin.

Bedah siasat kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. Sementara itu, Mianmian kini berada dalam jagaan bapanya, seorang lelaki yang sudah pun mempunyai lima orang anak untuk ditanggung.

Baca juga: Bayi 1 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Serangan Seksual Lepas Balik Rumah Pengasuh, Lubang Alat Sulit Tak Normal!

Sumber: Mstar, South China Morning Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×