Di sebalik keagungan seorang Sultan atau Raja, berdirilah seorang permaisuri yang berperanan penting dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat, mengangkat martabat wanita serta memelihara warisan negeri. Dari Kedah hingga Johor, setiap permaisuri Malaysia mempunyai kisah, latar belakang serta keistimewaan tersendiri yang wajar dikenali dan dihargai.
Jadi, mari kita lihat wajah-wajah terkini antara permaisuri yang sering mendapat perhatian rakyat dan memuji kecantikkan walaupun usia semakin bertambah.
Baca juga: Dulu vs Kini, 9 Sultan Paling Kacak Sewaktu Muda… Ada Pernah Jadi Raja Paling Tampan Asia Tenggara!
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff (Kedah)

- Gelaran rasmi: Sultanah Kedah
- Tarikh lahir: 13 November 1949
- Asal-usul: Anakanda kepada Tengku Ariff Ahmad (kerabat Diraja Kelantan).
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah ke-29).
- Latar belakang: Berperanan aktif dalam kegiatan kebajikan dan pemerkasaan wanita.
2. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman (Selangor)

- Gelaran rasmi: Tengku Permaisuri Selangor
- Tarikh lahir: 4 Jun 1971
- Asal-usul: Bukan daripada kerabat diraja, berasal dari Kuala Lumpur.
- Kerjaya: Bekas personaliti TV dan pembaca berita terkenal.
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah (Sultan Selangor ke-9) pada 2016.
3. Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah (Terengganu)

- Gelaran rasmi: Sultanah Terengganu
- Tarikh lahir: 7 Disember 1973
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Mizan Zainal Abidin (Sultan Terengganu ke-16).
- Latar belakang: Dilahirkan di Kedah, merupakan Raja Permaisuri Agong ke-13 (2006–2011).
- Sumbangan: Aktif dalam program kebajikan, pendidikan kanak-kanak dan kesihatan wanita.
4. Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (Pahang)

- Gelaran rasmi: Tengku Ampuan Pahang, Raja Permaisuri Agong (2019–2024)
- Tarikh lahir: 5 Ogos 1960
- Asal-usul: Puteri kepada Sultan Iskandar (Sultan Johor ke-8).
- Perkahwinan: Bernikah dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan Pahang ke-6).
- Latar belakang: Dikenali dengan bakat memasak, aktif menulis buku resipi, serta giat dalam aktiviti kebajikan.
5. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim (Perak)

- Gelaran rasmi: Raja Permaisuri Perak
- Tarikh lahir: 22 Mac 1973
- Asal-usul: Bukan daripada kerabat diraja; anak kepada seorang tokoh korporat, Salim Davidson.
- Pendidikan: Lulusan Universiti Nottingham, United Kingdom (Kejuruteraan Kimia).
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke-35) pada 2007.
6. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Johor)

- Gelaran rasmi: Permaisuri Agong 2025, Permaisuri Johor
- Tarikh lahir: 14 Ogos 1959
- Asal-usul: Merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah..
- Pendidikan: Universiti Oxford, United Kingdom (Kesusasteraan Inggeris).
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Sultan Johor ke-5, kini Yang di-Pertuan Agong ke-17).
- Latar belakang: Aktif dalam penulisan, kebajikan serta pendidikan.
7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (Kelantan)

- Gelaran rasmi: Sultanah Kelantan
- Tarikh lahir: 30 Julai 1988
- Asal-usul: Berketurunan Chechnya, Rusia.
- Perkahwinan: Bernikah dengan Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan ke-29, Yang di-Pertuan Agong ke-15) pada 2010.
- Latar belakang: Menerima gelaran Sultanah Kelantan pada Ogos 2022.
- Peranan: Aktif menemani baginda Sultan dalam majlis rasmi negeri serta kegiatan kebajikan.
8. Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi (Sarawak)

- Tarikh lahir: 21 November 1980
- Isteri kedua kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
- Berkahwin dengan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada 10 Disember 2022, selepas pemergian isterinya yang pertama
- Bidang pengkhususan : Pramugari
9. Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (Perlis)

- Gelaran: Raja Perempuan Perlis
- Tarikh lahir: 6 Jun 1946
- Latar belakang: Merupakan permaisuri kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Baginda juga merupakan kerabat Diraja Terengganu dan Kelantan.
- Peranan: Gemar dalam bidang hiasan dalaman, masak memasak, menjahit, perkhidmatan sukarela dan bidang tarian Saudara Tengku Abdullah Tengku Abdul Rashid.
Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..
*Artikel ini merupakan carian eksklusif Sirap Limau. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.
