Siapa sangka bunga kenanga yang harum semerbak dan sering dijadikan hiasan sebenarnya menyimpan seribu satu khasiat tersembunyi untuk kesihatan dan kecantikan wanita?
Dahulu, air rendaman bunga kenanga dikatakan menjadi minuman rahsia para puteri raja untuk mengekalkan seri wajah, kesegaran tubuh, dan keharuman semula jadi. Menarik!
BUNGA KENANGA BOLEH JADI ‘INFUSED WATER’, AMALAN TRADISI KECANTIKAN

Kini, rahsia itu kembali dikongsikan oleh seorang wanita yang mengamalkan air rendaman bunga kenanga dan hasilnya, memang luar biasa. Caranya mudah, bunga kenanga yang baru dipetik direndam selama dua jam sebelum diminum.
Menurut amalan turun-temurun, minuman ini sangat baik untuk wanita berusia 45 tahun ke atas, terutamanya yang berada dalam fasa pra-menopaus. Air kenanga dikatakan mampu:
- Mengelakkan kekeringan dan meningkatkan mood,
- Mengurangkan bau badan yang tidak menyenangkan,
- Menjadikan peluh serta rambut berbau wangi,
- Dan menyerlahkan “keindahan semula jadi” seorang wanita.
Tidak hairanlah mengapa ia disebut sebagai minuman eksklusif para puteri raja pada zaman dahulu.
Khasiat Luar Biasa Untuk Kesihatan, Ada Petua & Surah Bacaan

Foto hiasan.
Selain untuk kecantikan, bunga kenanga juga terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan:
- Meredakan stres dan kegelisahan,
- Meningkatkan kualiti tidur,
- Membantu menurunkan tekanan darah,
- Bersifat antiseptik — membantu merawat jangkitan kulit atau kulat,
- Digunakan untuk asma, sakit kepala, sakit sendi dan masalah pencernaan.
Malah, ada juga yang mempercayai air rebusan bunga kenanga berpotensi membantu dalam rawatan penyakit serius, apabila diamalkan dengan doa dan keyakinan.
Ada petua menyarankan agar tiga gelas air direbus bersama bunga kenanga hingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, bacakan 7 kali selawat, 3 kali surah Al-Ikhlas, ayat Kursi, dan Surah Al-Fil, kemudian diminum tiga kali seminggu, pagi dan petang. Menurut pengamalnya, petua ini diajar oleh seorang ustaz dari Indonesia dan diamalkan setiap hari Jumaat yang penuh keberkatan.
Selain diminum, bunga kenanga juga boleh digunakan untuk rawatan luaran. Seorang pengamal berkongsi pengalaman apabila matanya terkena air panas, dia merendam dan meramas bunga kenanga dalam air sebelum diletakkan pada mata. Dengan izin Allah, matanya kembali pulih selepas beberapa kali rawatan.
Sebagai amalan, pastikan penggunaannya dilakukan dengan ilmu dan niat yang baik, kerana setiap ciptaan Tuhan memiliki rahsia yang menakjubkan apabila kita menghargai dan menggunakannya dengan penuh hikmah.
Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!
Sumber: Eira Lana
