Euforia Bola 2026
Inspirasi

Raja Muda Selangor Pilih Cik Afzaa Fadini Sebagai Pasangan Hidup, Istiadat Perkahwinan Diraja Oktober Ini

raja muda selangor

Terkini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan memaklumkan kepada seluruh rakyat negeri Selangor mengenai pernikahan putera Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.

Mengikut ketetapan, Istiadat Pernikahan Diraja akan berlangsung pada Khamis, 2 Oktober 2025 bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1447H bertempat di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Baca juga: Dulu vs Kini, 9 Sultan Paling Kacak Sewaktu Muda… Ada Pernah Jadi Raja Paling Tampan Asia Tenggara!

Istiadat Persandingan Diraja Raja Muda Selangor 2 Oktober Ini

raja muda selangor

Untuk pengetahuan semua, selepas istiadat pernikahan, acara gilang-gemilang Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H. Majlis penuh adat istiadat ini dijangka menjadi salah satu acara bersejarah dalam institusi Diraja Selangor.

Bagi memberkati dan memohon kelancaran majlis, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di seluruh masjid negeri Selangor pada 25 September 2025 bersamaan 3 Rabi’ul Akhir 1447H.

Pada tarikh tersebut, Sultan Selangor bersama Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam untuk menghadiri Majlis Doa Selamat bersama rakyat jelata.

Dengan berita ini, seluruh rakyat negeri Selangor dipohon untuk sama-sama mendoakan agar segala istiadat perkahwinan Diraja ini berlangsung dengan lancar, penuh keberkatan serta mendapat rahmat daripada Allah SWT.

raja muda selangor

Foto: Selangor Royal Office

*Sekalung ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baharu Tuanku.

Baca juga: 8 Putera Raja Paling Kacak Dan Berkaliber Di Dunia, Hebat-Hebat Belaka!

Sumber: Selangor Royal Office

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×