Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Wanita Dedah Detik Seram Dipeluk Jelmaan ‘Suami’ Atas Katil Ketika Tidur, Padahal Suami Masih Di Pejabat!

hantu raya

Kejadian seram sering berlaku tanpa diduga. Ada masanya, muncul ketika kita sedang tidur lena seperti gangguan hantu raya yang membuatkan tubuh kaku tanpa mampu bergerak.

Inilah pengalaman yang dikongsi seorang wanita apabila dia didatangi ‘jelmaan suami’ di tengah malam ketika hujan lebat. Namun, apa yang berlaku sebenarnya bukanlah seperti yang disangka.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

DISANGKA DAPAT PELUKAN SUAMI KETIKA TIDUR, RUPANYA PELUKAN HANTU RAYA?

hantu raya

Foto: freepik

Dalam perkongsian di laman Threads, pada malam itu wanita ini sedang nyenyak tidur apabila dia terdengar pintu biliknya dibuka perlahan. Tidak lama selepas itu, terasa ada seseorang baring di belakangnya lalu memeluk pinggang. Dengan penuh yakin, dia menyangka itu adalah suaminya.

Namun, rasa curiga mula timbul apabila dia berfikir:

“Kalau betul suami aku balik, kenapa bajunya tidak basah? Sedangkan di luar hujan lebat…”

Walaupun dihantui perasaan pelik, dia tetap diam sambil membaca doa dan ayat suci, terutamanya Ayat Kursi dan Bismillah 5. Degupan jantungnya begitu kencang, rasa takut menjalar ke seluruh tubuh, namun akhirnya dia terlelap juga selepas lama berzikir.

“Aku biar ja dia peluk tapi semua doa aku baca..paling banyak baca Ayat Qursi dan Bismilah 5..” tulisnya.

Rahsia Terbongkar Esok Paginya, Kena Ikhtiar Berubat

hantu raya

Foto: freepik

Keesokan harinya, sekitar jam 9.45 pagi, suaminya pulang ke rumah dalam keadaan letih selepas bertugas di pejabat sepanjang malam. Dia berehat di sofa dan tiba-tiba tersentak dari tidur, lalu berkata kepada isterinya:

Papa mimpi papa tidur di bilik sebelah. Papa cuba baca Ayat Kursi, tapi tak lepas, Ummi,” kata suaminya.

Mendengar pengakuan itu, wanita berkenaan segera menceritakan kejadian yang menimpa dirinya malam tadi. Dia berkata dengan penuh ketakutan.

“Papa, berubatlah. Semalam ada yang menyerupai papa, siap datang peluk Ummi atas katil.”

Namun, suaminya hanya diam dan sekadar menjawab ringkas, “Nanti lah.”

Kisah ini turut mendapat perhatian netizen. Seorang pengguna berkongsi pengalaman keluarganya yang terlibat dalam perubatan Islam, lalu memberi pandangan yang mungkin boleh membantu.

“Kalau sesuatu makhluk boleh menyerupai manusia, apatah lagi suami akak, besar kemungkinan itu adalah hantu raya. Selalunya kalau ia dah boleh menyerupai, maknanya ia sudah lama ikut. Sebab itu makin berani tunjuk rupa. Akak dan suami kena cepat berubat, jangan biarkan benda ni berlarutan,” kongsi netizen.

Gangguan makhluk halus yang menyerupai manusia bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Dalam perubatan Islam, ia dianggap perbuatan jin atau hantu raya yang ‘berkenan’ dengan seseorang, lalu cuba mendekati dalam bentuk yang boleh menipu pandangan.

Bagi mengelakkan gangguan seperti ini, amalan-amalan berikut sering disarankan:

  • Membaca Ayat Kursi, Al-Fatihah, dan tiga Qul sebelum tidur.
  • Tidak meninggalkan solat dan memperbanyakkan zikir.
  • Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam bertauliah.

Peringatan untuk semua adalah, jangan ambil mudah jika berdepan situasi sebegini, sebaliknya segera mencari perlindungan dengan doa serta ikhtiar perubatan Islam.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×