Euforia Bola 2026
Nur

Isteri Enggan Layan & Tak Tunaikan Nafkah Batin, Masih Layak Terima Nafkah Daripada Suami Ke?

nafkah suami kepada isteri

Umum mengetahui dan peka mengenai nafkah suami kepada isteri yang ditetapkan dalam Islam namun bagaimana jika si isteri mengabaikan nafkah batin, adakah nafkah zahir masih wajib diberikan atau sebaliknya?

Nafkah adalah pembelanjaan keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.

Baca juga:  Berbulan-Bulan Suami Tak Tunaikan Nafkah Batin, Isteri Jangan Biarkan Diri ‘Terseksa’!

nafkah suami kepada isteri

Firman Allah SWT: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah al-Talaq, 7)

Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:

1. Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan syarak. Sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya.

Jika suami ingin bermesra dan bersetubuh isterinya dalam keadaan diharamkan, sakit atau uzur, maka keengganan isteri itu melayani suaminya tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.

2. Isteri ikut tinggal dirumah yang dipilih oleh suaminya dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syarak.

Berdasarkan isu nafkah suami kepada isteri berkenaan, perbuatan seorang isteri menolak ajakan suami untuk bersama tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya.

nafkah suami kepada isteri

Freepik

Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran.

Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syarak maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.

Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.

Baca juga: Ramai Perempuan Haid Dilarang Memandikan Jenazah, Tapi Sebenarnya Boleh Atau Tidak?

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×