Isteri nusyuz merupakan istilah yang sering dibincangkan dalam konteks rumah tangga Islam, merujuk kepada situasi apabila seorang isteri ingkar atau tidak mematuhi tanggungjawab serta arahan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak.
Baca juga: Lelaki ‘Lead’ Majlis Tunang Sendiri, Niat Baik & Nampak Macho Tapi Boleh Hancurkan Adat Melayu
ISTERI NUSYUZ KE BERHUBUNG LELAKI LAIN?

Kebahagiaan dalam rumah tangga bukan hanya terletak pada perasaan, tetapi juga pada sikap saling menghormati dan memahami peranan masing-masing
Antara perkara yang menjadi fokus utama ialah perbezaan antara sekadar memberitahu dan meminta izin daripada pasangan.
Menurut perkongsian itu, ada perbezaan jelas antara ayat seperti:
“Abang, saya nak pergi bazar Ramadan.”
“Bang, boleh tak saya pergi bazar Ramadan dengan adik saya? Kalau abang izinkan, saya pergi.”
Perbezaan ini dilihat sebagai cerminan adab dalam komunikasi antara suami isteri, khususnya dalam membuat keputusan yang melibatkan aktiviti luar.
Perkongsian tersebut turut menyentuh situasi yang sering berlaku dalam kalangan pasangan masa kini, di mana ada yang lebih cenderung membuat keputusan terlebih dahulu bersama rakan, sebelum memaklumkan kepada pasangan.
Contohnya dalam aktiviti seperti keluar bersama kawan, menghadiri konsert atau melakukan aktiviti riadah seperti hiking.
Tindakan sebegini boleh menimbulkan salah faham kerana ia seolah-olah keputusan telah dibuat tanpa melibatkan pasangan terlebih dahulu.
Apa yang cuba disampaikan bukan sekadar soal izin semata-mata, tetapi lebih kepada adab dan cara berkomunikasi dalam hubungan suami isteri.
Setiap pasangan mempunyai cara dan persefahaman tersendiri, namun komunikasi yang baik dan saling menghormati dilihat sebagai asas penting dalam memastikan keharmonian rumah tangga.

Peranan suami sebagai pemimpin
Dalam masa sama, perkongsian tersebut turut menyentuh tentang peranan suami sebagai ketua keluarga.
Golongan lelaki diharapkan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam rumah tangga, sebaliknya perlu memainkan peranan dengan lebih tegas dan bijaksana dalam membuat keputusan.
Namun begitu, perkara ini juga perlu dilihat dalam konteks keseimbangan, di mana kedua-dua pihak perlu saling memahami dan berbincang demi kebaikan bersama.
Perkongsian ini secara tidak langsung membuka ruang perbincangan tentang nilai adab, komunikasi dan peranan dalam sesebuah rumah tangga.
Apa yang penting, setiap pasangan perlu mencari titik keseimbangan antara hak, tanggungjawab dan cara berkomunikasi agar hubungan yang dibina kekal harmoni dan saling menghormati.
Baca juga: Dari RM15K Hingga RM50K! Ini Anggaran Hantaran Mengikut Negeri, Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu
Sumber: Facebook Azalina Abdul Rahman & Mutfi Wilayah Persekutuan
