Euforia Bola 2026
Famili

Restoran Terkenal Di George Town Diarah Tutup, Dapur Penuh Najis Tikus & Lipas, Loya Tekak!

najis tikus

Sebuah restoran popular yang terletak di Jalan Penang, George Town, didapati beroperasi dalam keadaan kotor apabila dapurnya dipenuhi lipas dan najis tikus ditemui berselerakan ketika pemeriksaan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh Pasukan Operasi dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mendedahkan keadaan lantai dapur yang berlendir serta menjijikkan. Selain itu, kotak simpanan rempah didapati menjadi tempat pembiakan puluhan ekor lipas.

Baca juga: 30 Idea Nama Melayu Klasik Moden Untuk Anak Perempuan, Indah & Penuh Makna…

RESTORAN TERKENAL DI GEORGE TOWN PENUH NAJIS TIKUS

najis tikus

Haiwan perosak itu turut dilihat berkeliaran berhampiran pintu ruang penyimpanan sejuk beku, manakala bahan mentah seperti daging, ayam dan sotong tidak disimpan di dalam bekas yang sesuai.

Menurut Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, M Shashikumaran, sebanyak 20 pelanggaran peraturan telah direkodkan, termasuk pengendali makanan yang memakai perhiasan seperti cincin serta berkuku panjang, kotor dan tidak bersih.

“Makanan diletakkan terus di atas lantai, dan terdapat tong sampah yang dibiarkan terbuka berhampiran kawasan penyediaan makanan. Selain itu, lantai dapur yang retak menakung air, manakala keadaan bilik sejuk beku juga amat tidak memuaskan,” katanya.

Tambah beliau lagi, ada pengendali makanan yang belum menerima suntikan anti-tifoid, dan kawasan stor bahan makanan juga disusun secara tidak kemas serta tidak bersih.

Susulan pelbagai kesalahan tersebut, pemilik restoran dikenakan tiga kompaun bernilai RM3,000 dan diarahkan menutup operasi selama 14 hari mengikut peruntukan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Dalam operasi sama, sebuah lagi restoran yang menyajikan makanan ala Thai turut dikenakan tindakan penutupan sementara selama dua minggu, selain dikenakan dua kompaun bernilai RM2,000 atas sembilan kesalahan yang dikesan termasuk kehadiran lipas.

Sementara itu, pemilik restoran yang terlibat memaklumkan bahawa beliau menerima keputusan tersebut dan berikrar untuk segera melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan dapur.

“Kali terakhir premis ini diarahkan tutup adalah lima tahun lalu. Seperti sebelum ini, kami akan segera memulakan kerja pembersihan selepas menerima notis,” ujarnya.

Baca juga: Hantaran Kahwin Ini HARAM Dibagi, Jaga-Jaga Takut Tersalah Beli Untuk Pasangan Nanti…

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×