Kadang-kadang kita nampak benda hitam kecil di dapur, bawah sinki, atas kabinet atau tepi tingkap lalu menganggap ia cuma habuk atau kotoran biasa. Namun tanpa sedar, ia mungkin tanda sebenarnya bahawa rumah kita telah dikotori oleh najis haiwan perosak.
Baca juga: Tujuh Lif Kondo Rosak Kerana Hujan Lebat, Ibu Gigih Dukung Anak Naik Tangga Hingga Tingkat 36!
PERBEZAAN NAJIS HAIWAN PEROSAK YANG MASUK KE DALAM RUMAH

Foto: Public Health Malaysia
Ramai yang masih keliru untuk membezakan najis tikus, cencurut, lipas dan cicak.
Walaupun nampak kecil, kewujudan najis haiwan perosak ini boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah kebersihan dan risiko penyakit di dalam rumah.
Berikut antara perbezaan najis haiwan perosak yang boleh kita lihat,
1. Najis Tikus

Foto: Gemini AI
Najis tikus biasanya berbentuk seperti beras hitam, keras dan mempunyai hujung yang sedikit runcing.
Saiznya lebih besar berbanding najis lipas atau cicak.
Ia selalu dijumpai di kawasan,
- Dapur
- Stor simpanan
- Bawah sinki
- Belakang peti ais atau mesin basuh
- Laluan sempit di belakang kabinet
Kalau anda nampak najis bertaburan di lokasi sama berulang kali, besar kemungkinan ada tikus yang aktif mencari makanan pada waktu malam.
Selain itu, tikus juga sering meninggalkan kesan gigitan pada plastik makanan, kotak atau wayar elektrik.
2. Najis Cencurut

Foto: Gemini AI
Ramai menyangka cencurut sama seperti tikus, sedangkan kedua-duanya berbeza.
Najis cencurut biasanya:
- Lebih kecil
- Berwarna gelap
- Kadang-kadang sedikit berpintal
- Mempunyai bau yang lebih kuat
Ia selalu berada di kawasan lembap seperti,
- Luar rumah
- Celah rumput
- Longkang
- Stor lama
- Kawasan belakang rumah
Cencurut juga biasanya aktif di kawasan yang mempunyai serangga kecil kerana haiwan ini gemar memakan serangga.
3. Najis Lipas

Foto: Gemini AI
Najis lipas pula antara yang paling mudah disalah anggap sebagai habuk atau serbuk kopi.
Bentuknya kecil seperti,
- Serbuk lada hitam
- Serpihan kopi halus
- Titik-titik hitam kecil
Kalau terdapat banyak bintik halus di,
- Bucu kabinet
- Engsel pintu
- Laci dapur
- Bawah peti ais
- Belakang microwave atau dapur
Jangan terus anggap ia sekadar kotoran biasa.
Kehadiran najis lipas selalunya menunjukkan terdapat sarang atau kawasan persembunyian lipas berhampiran.
4. Najis Cicak

Foto: Gemini AI
Najis cicak paling mudah dikenali kerana mempunyai hujung putih.
Bahagian putih itu sebenarnya bukan telur seperti yang ramai sangka, tetapi sisa uric acid daripada sistem perkumuhan cicak.
Najis cicak biasanya dijumpai,
- Di tepi tingkap
- Belakang bingkai gambar
- Atas kabinet
- Dekat lampu
- Kawasan dinding yang sering menjadi laluan cicak
Kalau terlalu banyak najis cicak dalam rumah, ia mungkin petanda rumah mempunyai banyak serangga kecil yang menjadi sumber makanan cicak.
Bersihkan Najis Haiwan Perosak Dengan Betul
Kalau anda syak najis tikus atau cencurut, elakkan membersihkannya secara kering.
Jangan,
- Menyapu terus
- Menggunakan vakum
- Mengibas dengan kain kering
Cara ini boleh menyebabkan habuk halus bercampur bakteria atau virus tersebar ke udara dan berisiko disedut.
Sebaliknya,
- Basahkan kawasan dengan disinfektan atau campuran peluntur
- Pakai sarung tangan
- Lap menggunakan tisu atau kain pakai buang
- Masukkan ke dalam beg plastik tertutup sebelum dibuang
Selepas selesai, cuci tangan dengan sabun sehingga bersih.
Rumah Bersih Bukan Sekadar Cantik
Kadang-kadang tanda kecil dalam rumah sebenarnya membawa tabesar tentang tahap kebersihan persekitaran kita.
Antara langkah yang boleh diamalkan ialah,
- Simpan makanan dalam bekas kedap udara
- Jangan biarkan sisa makanan terdedah
- Buang sampah setiap hari
- Bersihkan dapur secara berkala
- Tutup lubang atau rekahan kecil di rumah
- Pastikan kawasan sinki dan stor sentiasa kering
Rumah yang bersih bukan sekadar nampak kemas dan cantik, tetapi juga menjadi tempat yang lebih selamat untuk melindungi keluarga daripada risiko penyakit yang datang secara diam-diam.
Baca juga: Trend ‘Squishy Toy’ Dipanaskan Dalam Microwave Tular, Kanak-Kanak Alami Melecur Teruk Pada Wajah
Sumber: Public Health Malaysia
FT Images: Gemini
