Hubungan adik-beradik adalah ikatan yang tidak ternilai dan kisah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @lydiaasulaimann ini benar-benar menyentuh hati masyarakat.
Dalam sebuah video yang dimuat naik, kelihatan tujuh individu bersama-sama mengangkat seorang pesakit kanser, iaitu kakak kepada Lydia yang dikenali sebagai Kaklilis, untuk dipindahkan dari katil biasa ke katil angin.
Baca juga: Video Tular Bacaan Merdu Seorang Pak Cik, Rupanya Dulu Imam Tapi Kini Tak Terurus Dek Ilmu Hitam!
HUBUNGAN ADIK-BERADIK ERAT JAGA KAKAK KANSER DICEMBURUI

“Semua adik-beradik yang uruskan. Semua cuti bekerja untuk angkat kakak aku dari katil biasa ke katil angin.
“Moga ukhwah adik-beradik kita hingga akhir begini. Aamin,” tulis Lydia di dalam video tersebut.
Di ruang kapsyen, Lydia turut meluahkan rasa syukur apabila doktor dan jururawat yang merawat Kaklilis kagum dengan kesungguhan keluarga mereka.
“Sampai doktor dan jururawat cakap semua orang ambil berat dengan Kak Lilis. Jarang nampak family bonding begini. Apa yang aku boleh cakap syukur Alhamdulillah Allah pinjamkan semua insan yang hebat dalam diri ini,” tulisnya.
Menurut perkongsian Lydia, Kaklilis kini berada di tahap 4 kanser setelah tiga tahun berjuang dengan semangat luar biasa. Walaupun diuji sakit yang berat, dia tetap kuat bersama sokongan tidak berbelah bahagi daripada 11 orang adik-beradik dan ipar yang sentiasa ada di sisi.
Di akaun peribadi Kaklilis @lily.l3e, tanda pagar yang digunakannya menunjukkan beliau seorang pejuang kanser payudara.
Baca juga: Ini Sebab Puting Payudara Wanita Mengeras, Terutama Yang No.1 Itu Mengancam!

Gambar Kaklilis di TikTok peribadinya.
Dalam masa yang sama, video Lydia menjadi medan doa orang ramai yang tersentuh melihat eratnya kasih sayang keluarga ini, selain mendoakan kesihatan Kaklilis. Antara komen warga maya yang ditinggalkan:
“Bertuah Kaklilis dapat adik-adik yang sangat sayang padanya. Semoga dipermudahkan segala urusan akak ini. Aamin.
“Itu tandanya orang tua mereka sudah berjaya mendidik mereka.
“Kalau hubungan rapat macam ini, yang patah semangat pun boleh semangat balik nak sihat. Setiap yang melawat akan bawa berkah kepada yang sakit.
“Masya Allah, tahniah ibu ayah puan berjaya mendidik.
“Ya Allah angkatkan kesakitannya Ya Allah kau berikan dia kesembuhan Ya Allah,” komen warga maya.
Nota penulis:
Marilah kita mengirim doa buat Kaklilis Binti Sulaiman agar Allah angkatkan kesakitannya, lapangkan urusannya dan limpahkan rahmat-Nya buat seluruh keluarga yang setia di sisinya.
@lydiaasulaimann Sampai docter & nurse cakap semua orang care dengan kaklilis . Jarang nampak family bonding begini . Apa yg aku boleh cakap SYUKUR ALHAMDULILLAH ALLAH pinjamkan semua insan yg hebat dalam diri ini 🫶🏻#cancerfighter #cancerstage4
Baca juga: “Doktor, Macam Mana Nak Tahu Kita Ada Kanser?”- Ini Jawapannya Semua Perlu Tahu!
Sumber: TikTok @lydiaasulaimann / @lily.l3e
