Euforia Bola 2026
Nur

Tahi Cicak Tak Boleh Main Lap Saja, Ini Cara Sucikan Ikut Hukum Islam Supaya Tak Ganggu Ibadah

Cicak sering dianggap pengacau kecil di rumah kerana tabiatnya yang suka meninggalkan najis di merata tempat, sama ada di dinding, lantai, atau perabot. Namun, tahi cicak ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dicuci dengan cara yang betul.

Tahi cicak juga tergolong dalam najis ainiyah menurut hukum fiqah, iaitu najis yang jelas kelihatan bentuk, warna, atau baunya. Oleh itu, kalau tak mahu ibadah kita terjejas, berikut merupakan cara pencuciannya.

Baca juga: Guna 3 Bahan Ini Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Menjadi!

TAHI CICAK TAK DICUCI DENGAN BETUL BOLEH JEJAS IBADAH, JANGAN AMBIL MUDAH!

tahi cicak

Foto: Zamir Mohyedin

Dalam ilmu fiqah, najis terbahagi kepada beberapa kategori. Najis ainiyah ialah najis yang dapat dilihat dengan mata kasar, seperti tahi cicak, kotoran burung, darah, atau bangkai kecil. Najis ini mesti dihilangkan zatnya terlebih dahulu sebelum menyucikan tempat yang terkena najis tersebut.

Langkah untuk membersihkannya tak kira sama ada najis cicak itu masih basah atau sudah kering adalah:

1. Singkirkan Zat Najis

  • Jika tahi cicak masih basah, lap atau serap dengan tisu atau kain.
  • Jika sudah kering, kikis atau sapu terlebih dahulu sehingga hilang bentuk fizikalnya.

Tujuan utama ialah memastikan ain (zat fizikal najis) benar-benar hilang.

2. Bilas Dengan Air Mutlak

  • Setelah zat najis dibuang, siram atau lap kawasan tersebut menggunakan air mutlak (air bersih yang suci lagi menyucikan).
  • Pastikan air mengalir hingga hilang kesan najis sama ada dari segi warna, bau atau rasa.

3. Ulang Jika Perlu

  • Jika masih ada kesan warna atau bau yang kuat, ulangi proses basuhan sehingga yakin tempat tersebut kembali bersih.
  • Sekiranya hanya tinggal warna yang sukar dihilangkan walaupun sudah dicuci berkali-kali, maka ia dimaafkan menurut hukum fiqah.

4. Gunakan Sabun atau Pencuci (Sunat)

  • Untuk kebersihan yang lebih sempurna, boleh gunakan sabun, pencuci lantai, atau air panas.
  • Namun dari sudut hukum fiqah, yang penting adalah air mutlak dan penggunaan sabun hanyalah sebagai tambahan.

Beza Najis Basah & Kering

  1. Najis Basah: Lebih mudah dibersihkan kerana ia tidak melekat kuat pada lantai. Hanya perlu lap, kemudian basuh dengan air mutlak.
  2. Najis Kering: Biasanya melekat dan perlu dikikis dahulu sebelum dibasuh. Jika terus disiram air, kadangkala najis melekat dan sukar hilang.
tahi cicak

Foto: freepik

Walaupun membersihkan najis cicak mungkin nampak remeh, namun ia penting demi menjaga kesucian rumah dan memastikan tempat kita solat bebas daripada najis. Jangan biarkan ya!

Baca juga: Kucing Nama Adam Atau Yusuf, UAI Tegur Trend Pelik Letak Nama Haiwan Macam Manusia

Sumber: Tiktok @muhibbinpondok, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×