Euforia Bola 2026
Kerjaya

Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja!

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus membuktikan reputasinya apabila mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan UiTM sebanyak 92.1 peratus bagi tahun 2024.

Ini sekali gus menerima pengiktirafan berprestij sebagai ‘Universiti Pilihan Majikan’ oleh Talentbank.

Baca juga: “Jangan Malu Jadi Diri Sendiri”- CGPA 4.0, Dua Ijazah & Bekerja Di Tiga Sektor, Wanita OKU Ini Jadi Inspirasi!

GRADUAN UITM PALING LAKU DIAMBIL KERJA, ANTARA TERBAIK DUNIA

graduan uitm

Pro-Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, berkata pencapaian ini menggambarkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran semasa.

Beliau yang juga mantan Naib Canselor UiTM menjelaskan, pelbagai langkah strategik dirangka bagi memperkukuh pengajaran, penyelidikan dan kebolehpasaran graduan. Antara usaha tersebut termasuklah menjalin kerjasama erat dengan industri dan agensi terkemuka, agar graduan sentiasa relevan dalam dunia pekerjaan yang dinamik.

“Komitmen itu dapat dilihat melalui penglibatan UiTM dalam program antarabangsa seperti University Intercultural Exchange 2025: Mapping Sarawak to the World di Dublin, Ireland, serta Come Discover Bumi Kenyalang 2025 yang menghimpunkan pelajar dari Indonesia, China dan Kemboja.

“UiTM Cawangan Sarawak juga aktif menjalinkan kerjasama bersama Konsortium Bumi Consultant and Services, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan The Zamboanga Peninsula Polytechnic State University, Filipina,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk melahirkan graduan yang mampu berdepan cabaran global, selaras dengan aspirasi UiTM untuk muncul sebagai universiti bertaraf dunia.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada para graduan agar tidak pernah berhenti menimba ilmu, menggilap potensi diri serta menabur bakti kepada bangsa dan negara.

“Langkah anda baru bermula. Teruskan berani melangkah kerana perjalanan menuju kejayaan hakiki masih panjang. Bak kata orang Sarawak, ‘Anang mudah putus pengarap, terus gawa, asil iya sigi manah,” katanya lagi.

Pada istiadat itu, seramai 1,048 graduan diraikan melibatkan 499 penerima ijazah sarjana muda, 549 penerima diploma dan 65 graduan menerima Anugerah Naib Canselor (ANC).

graduan uitm

Foto: UiTM Official

Bukan itu sahaja, UiTM juga terus mengangkat nama Malaysia di peringkat global apabila 21 subjek pengajian universiti itu tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject, termasuk bidang Law & Legal Studies yang berada di kedudukan 301–350 dunia!

Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!

Sumber: TVS, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×