Euforia Bola 2026
Sihat

Demam Campak (Measles) Bukan Sebarang Ruam, Ibu Bapa Kena Tahu Kerana Penyakit Ini Boleh Bawa Maut!

demam campak

“Kami sekeluarga dah kena demam campak, anak yang tak vaksin tu tak kena…”

Pernah dengar ayat ini? Sebenarnya, bila orang sebut campak atau measles, ramai keliru kerana ruam boleh datang daripada pelbagai penyakit iaitu ada yang hanya demam ringan, ada pula yang serius. Namun, measles bukan penyakit biasa kerana ia jauh lebih ganas daripada sekadar ruam di kulit!

Baca juga: 8 Jenis Buah ‘Ajaib’ Bantu Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi, Sebulan Dah Nampak Hasil!

Kenapa Demam Campak Atau Measles Begitu Menakutkan?

demam campak

Foto: freepik

Measles bukan chicken pox, dan gejalanya jauh berbeza. Antara tanda-tanda utama ialah:

  • Demam tinggi secara tiba-tiba
  • Batuk, selsema dan mata merah
  • Tompok putih kecil di dalam mulut (Koplik spots)
  • Ruam merah bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan

Yang menakutkan, satu kes measles boleh menjangkiti sehingga 90% orang di sekelilingnya yang belum divaksin. Bila wabak tercetus, kanak-kanak paling terdedah kepada komplikasi serius seperti:

  • Radang paru-paru (pneumonia)
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian

Inilah sebab measles digeruni dalam dunia kesihatan awam.

Bagaimana Nak Pastikan Ia Campak Measles?

demam campak

Foto hiasan.

Bukan semua demam ruam itu measles. Ia perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum boleh diklasifikasikan. Selepas pengesahan, barulah pasukan kesihatan awam akan bertindak:

  • Menyiasat punca jangkitan
  • Mengenal pasti serta memantau semua kontak rapat
  • Menjalankan Active Case Detection – turun ke kawasan perumahan untuk mencari individu bergejala yang mungkin tidak dibawa ke klinik

Kerja ini penting supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan segera. Berita baiknya, measles boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin MMR (Measles-Mumps-Rubella) adalah perlindungan utama dan dos tambahan membantu mengukuhkan imuniti komuniti (herd immunity).

Dengan liputan vaksinasi yang mencukupi, kita mampu mengurangkan kes, mengelak komplikasi, dan menyelamatkan banyak nyawa.

Kesimpulannya, measles bukan sekadar ruam yang hilang dengan sendiri. Ia penyakit berbahaya, mudah merebak, dan boleh membawa maut. Cegah sebelum terlambat!

Baca juga: Extra Joss BUKAN Untuk Kanak-Kanak, Ada Bahaya ‘Tersembunyi’ Boleh Buat Anak Ketagih!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×