Orang ramai diberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk membelanjakan bantuan SARA sekali bayar berjumlah RM100 yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menasihati penerima agar tidak tergesa-gesa membelanjakan bantuan tersebut sehingga terpaksa beratur panjang di kaunter pembayaran.
Baca juga: “Mama Nangis Rindu Ammar”- Anggota Tentera Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lalu
BANTUAN SARA SEHINGGA 31 DISEMBER, JANGAN BELANJA TERBURU-BURU

Utusan Malaysia
“Sekiranya bimbang perlu beratur lama, anda boleh berbelanja secara berperingkat atau kunjungi kedai runcit terpilih yang berdekatan. Tiada keperluan untuk panik kerana anda mempunyai masa selama empat bulan untuk menggunakan kredit ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa sistem pembayaran menggunakan MyKad kini lebih stabil selepas peningkatan kapasiti sebanyak 60 peratus dilaksanakan.
Menurutnya, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengambil tindakan segera selepas menerima beberapa aduan gangguan sistem pada hari pertama dan kedua selepas bantuan tersebut dikreditkan ke dalam MyKad bermula 31 Ogos lalu.
“Saya percaya gangguan tersebut berpunca daripada jumlah pengguna yang terlalu ramai menebus bantuan secara serentak. Kini, sistem sudah berfungsi dengan baik dan rakyat tidak perlu risau untuk membuat pembelian menggunakan SARA,” katanya.
Sementara itu, seorang penerima bantuan, Amutha Keevachee, 50, menyatakan rasa lega dengan kelancaran proses penebusan yang dilaluinya.
“Saya dapat berjimat dan gunakan RM100 ini untuk membeli barangan keperluan rumah. Proses bayaran pun cepat dan mudah, mereka cuma minta kad pengenalan untuk imbas dan terus boleh buat pembayaran,” ujar guru tadika itu.
Baca juga: Pasangan Nigeria Lahirkan Bayi Kulit Putih & Mata Biru, Fenomena Luar Biasa Tapi Ini Sebabnya!
Sumber: BERNAMA
