Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Tingkatan 3 Jatuh Dari Asrama, Polis Panggil Kakitangan Sekolah Bantu Siasatan

pelajar jatuh asrama

Beberapa kakitangan sekolah telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung insiden pelajar jatuh asrama yang melibatkan individu lelaki Tingkatan Tiga di Sabak Bernam, semalam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan berhubung kejadian masih giat dijalankan dan beberapa individu telah dirakam percakapan mereka bagi membantu proses siasatan.

Baca juga: Pelajar Lelaki Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama, “Saya Hanya Dapat Tengok Anak Terlantar” – Ibu

PELAJAR JATUH ASRAMA: POLIS AMBIL KETERANGAN SEKOLAH

PELAJAR JATUH ASRAMA

“Proses siasatan masih berjalan. Pihak kami telah mengambil kenyataan daripada beberapa individu termasuk warga sekolah untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Berikutan kejadian tersebut, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Shazeli memaklumkan bahawa siasatan turut meliputi pelbagai aspek seperti keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.

Beliau turut mengingatkan bahawa masih terlalu awal untuk mengesahkan sebarang spekulasi termasuk dakwaan berkaitan insiden buli sebagai punca kejadian.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam.

PELAJAR JATUH ASRAMA

Bapa saudara mangsa, Muhammad Aidil Mansor, 34, memaklumkan bahawa anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami pendarahan di kedua-dua bahagian otak, rahang patah serta kecederaan pada paru-paru, berdasarkan imbasan CT scan.

Ibunya, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, turut meluahkan bahawa keluarga mereka sangat mengharapkan doa orang ramai agar anaknya diberi kekuatan menghadapi saat mencabar ini.

Beliau juga menyatakan bahawa siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Baca juga: Bayi Tak Dapat Diselamatkan, Ibu ‘Pergi’ 11 Jam Lepas Bersalin, “Terlalu Sukar Untuk Saya…”

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×