Euforia Bola 2026
40 Minggu

Petugas Kesihatan Hamil 22 Minggu Ke Atas BERHAK Pulang Sejam Awal, Penyelia Tak Boleh Ambil Tindakan

hamil 22 minggu

Menjadi perbualan orang ramai adalah mengenai ibu hamil yang bertugas di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diingatkan bahawa mereka berhak pulang sejam lebih awal daripada waktu kerja biasa. Ini adalah sebaik sahaja usia kandungan hamil 22 minggu.

Namun, semuanya tidak semudah yang disangka kerana ada juga pihak atasan di setiap fasiliti kesihatan yang tidak menghiraukan keadaan ini.

Baca juga: “Makin Dekat Due, Makin Teruk” – Wanita Diuji Dengan Masalah Kulit Ketika Hamil, 90% Wajah Bertukar!

PETUGAS FAILITI KESIHATAN HAMIL 22 MINGGU, BOLEH PULANG AWAL SEJAM

hamil 22 minggu

Foto AWANI: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Dalam laporan terbaharu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menekankan bahawa kemudahan ini adalah hak yang sudah termaktub dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan ketua jabatan atau penyelia tidak boleh menafikan hak tersebut atas alasan kekangan kerja.

“Saya sedar fasiliti kesihatan berdepan pelbagai cabaran, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan peraturan ini. Sama ada jururawat, pegawai MySTEP atau mana-mana petugas wanita yang hamil, mereka semua layak menerima kemudahan ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KKM dan Roche (Malaysia) Sdn Bhd bagi inisiatif Penjagaan Kanser Lebih Dekat dengan Komuniti (CCC).

Sebelum ini, beberapa laporan media mendakwa terdapat petugas wanita hamil di klinik dan pejabat kesihatan daerah sekitar Selangor yang tidak dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut. Malah, ada yang hanya diberikan kelonggaran pulang awal apabila kandungan mencecah 36 minggu.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga wanita yang bertugas di fasiliti kesihatan mengakui bahawa dirinya TIDAK dibenarkan pulang awal ketika hamil, malah terpaksa bertugas sehingga malam dan bertugas pada hujung minggu!

“Saya mengandung 36 minggu kerja malam lagi tau. Kerja double shift, public pun kerja, HK pun kena kerja, tang mana nak balik awalnya…” luah Hazwani.

hamil 22 minggu

Sebagai makluman, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2017 dengan jelas menyatakan bahawa penjawat awam wanita yang mengandung 22 minggu ke atas berhak pulang satu jam lebih awal, berkuat kuasa sejak 1 Januari 2018. Jadi, buat para pihak atasan tolong faham situasi ini ya…

Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi

Sumber: AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×