Euforia Bola 2026
Nur

Syukur! Rantai Emas Hilang Bernilai RM600 ‘Dipulangkan’ Semula Selepas Ikhtiar Baca 7 Doa Ini

doa cari barang hilang

Pernah tak anda mengalami situasi panik bila barang berharga tiba-tiba hilang? Selain mencari secara rakus, membaca doa cari barang hilang juga diamalkan untuk mempermudahkan urusan.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang berkongsikan kisah cuba membantu seorang pelanggan menghantar rantai emasnya yang terputus untuk dibaiki. Semuanya berjalan lancar sehinggalah dia sedar rantai emas bernilai hampir RM600 itu hilang daripada simpanan!

Baca juga: Kucing Nama Adam Atau Yusuf, UAI Tegur Trend Pelik Letak Nama Haiwan Macam Manusia

AMAL BACA DOA CARI BARANG HILANG, RANTAI EMAS HARGA RM600 DITEMUI!

doa cari barang hilang

Bayangkan perasaan ketika itu, berpeluh dingin, fikiran mula bercelaru, risau memikirkan bagaimana dia mahu ganti jika benar-benar hilang. Rantai itu diletakkan dalam sampul kecil sahaja kerana bekas khasnya ada di rumah. Mungkin tersalah letak di pejabat, mungkin juga terjatuh dalam kereta. Apa pun kemungkinan, hati tetap tidak tenang.

Dalam keadaan panik, dia teringat untuk mencari ikhtiar melalui doa dan mula Google bacaan ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk memudahkan pencarian barang hilang. Ada sebuah blog yang berkongsi beberapa ayat, siap dengan tafsirnya.

  1. Al-Fatihah (7 kali)
  2. Al-Fath (Ayat 1-3, 7 kali)
  3. Al- Kahfi (Ayat 19, 7 kali)
  4. Surah Al-Ikhlas (7 kali)
  5. Selawat (7 kali)
  6. Ya Allah (3 kali)
  7. Ya Hafiz (119 kali)

Saya pun ambil masa menelaah, membaca ayat-ayat itu dengan penuh pengharapan sambil merenungi maksudnya. Saya serahkan bulat-bulat kepada Allah..” katanya.

Tidak lama selepas itu, satu mesej WhatsApp masuk. Seorang pelanggannya memaklumkan bahawa rantai emas yang hilang itu sebenarnya terselit dalam bakul miliknya semasa proses COD tempoh hari. Katanya dia pun tidak perasan, mujurlah bakul itu belum dialihkan atau dibuang.

“Masa tu, lega bukan kepalang! Hilang segala resah gelisah. Terus saya sujud syukur kerana Allah memudahkan urusan saya,” katanya lagi.

Kejadian ini benar-benar membuka mata. Bila kita ditimpa masalah, jangan cepat mencari jalan singkat seperti berjumpa bomoh atau dukun, sedangkan dalam Al-Quran sudah tersedia panduan dan doa yang boleh kita jadikan ikhtiar.

Oleh itu, jika anda kehilangan barang berharga atau terlupa letak sesuatu, cubalah amalkan doa dan ayat-ayat Al-Quran yang disarankan. InsyaAllah, dengan izin-Nya, dipermudahkan urusan kita.

Baca juga: Hukum Doktor Lelaki Melihat Aurat Jenazah Perempuan Ketika Bedah Siasat, Sampai Mana Boleh Tengok?

Sumber: Amirah Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×