Ramai orang dewasa masih anggap demam campak cuma penyakit zaman kecil yang dah ‘lepas’. Tapi hakikatnya, campak boleh menyerang semula dan kesannya pada orang dewasa jauh lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Bila dijangkiti demam campak di usia dewasa, risiko komplikasi seperti radang paru-paru, cirit-birit kronik, masalah hati, sawan, dan jangkitan otak (encephalitis) jadi lebih tinggi.
Baca juga: Lapar Itu Ubat, Bukan ‘Musuh’! Boleh Matikan Sel Kanser & Kekal Muda Bila Amalkan Selalu
JANGAN PANDANG RINGAN DEMAM CAMPAK, DEWASA PUN BOLEH KENA SAMPAI MASUK WAD

Apabila orang dewasa dijangkiti campak, gejalanya bukan sekadar ruam dan demam. Risiko komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), cirit-birit teruk, sawan dan masalah pernafasan meningkat dengan ketara.
Dalam kes yang lebih kritikal, jangkitan boleh menyebabkan kegagalan organ atau kematian, khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada atau sistem imun yang lemah.
“Umur saya 33 tahun, baru kena campak. Kronik juga keadaannya. Saya ditahan di wad selama 10 hari kerana alami masalah hati akut, paru-paru dan cirit-birit. Nasib saya baik kerana tidak sampai merebak ke otak.
“Campak bukan penyakit biasa-biasa. Ramai mungkin kena yang ringan, tapi jangan pandang ringan sebab kita tak tahu seteruk mana situasi setiap orang,” komen pengguna media sosial.
Ini bermakna kepentingan mengambil Vaksin MR (Measles-Rubella) tidak boleh dipandang ringan, terutamanya bagi golongan dewasa yang mungkin sudah kehilangan imuniti sejak vaksinasi awal zaman kanak-kanak.
Vaksin ini bukan sahaja melindungi individu daripada jangkitan campak dan rubella yang boleh membawa komplikasi serius, malah membantu mencegah penularan penyakit dalam komuniti melalui perlindungan kelompok (herd immunity).
Mendapatkan dos tambahan vaksin MR adalah langkah pencegahan yang bijak dan bertanggungjawab demi kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
Baca juga: Air Asam Kunyit Homemade Ini Jadi Penawar Badan Letih & Lesu, Sekali Minum Terus Lega!
Sumber: Facebook & Gleneagles Hospital
