Lagu Justice For Zara Qairina hasil ciptaan Norsalim Ali menjadi simbol solidariti dalam menuntut keadilan terhadap insiden tragis kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.
Namun, tidak semua menyambutnya positif kerana ramai mula menyuarakan rasa tidak selesa, malah menganggap pendekatan seni ini tidak sepatutnya diguna sebagai medium utama dalam memperingati kepergian arwah.
Baca juga: Dikritik Gayakan Anak Macam Dewasa & Guna Gelaran ‘Mini Wife’, Bapa Tunggal Beri Penjelasan
LAGU JUSTICE FOR ZARA DIKATAKAN HANYA TREND

Di laman media sosial semakin banyak yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap lagu Justice For Zara. Ramai menganggap niat asal mungkin baik, namun cara penyampaiannya tidak selari dengan adab memperingati kematian seseorang.
“Saya tak setuju lagu ini untuk situasi sekarang. Inilah namanya tunggang. Boleh sahaja buat bacaan Yassin ke apa, yang dibenarkan oleh syarak. Bukannya lagu AI, sunting gambar AI, jual itu ini. Ini namanya tiada adab dengan arwah. Maaf, banyak lagi cara solidariti,” komen salah seorang pengguna media sosial.
Seorang pendakwah turut meluahkan rasa tidak setuju terhadap kewujudan lagu tersebut dan dia menyarankan agar masyarakat lebih menumpu kepada zikir dan doa, bukan muzik.
Lebih-lebih lagi ketika kes masih dalam siasatan kerana bimbang ia seolah usaha mengaut perhatian atau ‘menjadikan isu ini bahan trend.
Tambahnya, sensitiviti keluarga mangsa perlu diutamakan, dan dalam waktu begini, kesedihan seharusnya ditangani dengan tenang serta penuh hormat.
Pandangan mengenai lagu Justice For Zara ini pastinya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyokong, mengakui bahawa lagu sedemikian cenderung menjadi konten tular yang berakhir tanpa sebarang manfaat.
Namun ada juga yang mempertahankan lagu tersebut, menyifatkannya sebagai luahan rasa dan cara rakyat bersolidariti, bukan sekadar ‘mencari perhatian’.
Apa pandangan anda?
Baca juga: Tak Sangka! 7 Hobi Ini Rupanya Dilarang Dalam Islam, Kena Elak Jadikan Aktiviti Harian…
Sumber: Threads
