Euforia Bola 2026
Nur

Trend Lelaki Pakai Rantai & Gelang Makin Menjadi-Jadi, Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

hukum lelaki pakai rantai

Isu hukum lelaki pakai rantai sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya anak muda yang menganggap ia sekadar aksesori fesyen.

Namun, dalam Islam, setiap bentuk perhiasan yang menyerupai wanita atau meniru gaya orang bukan Islam perlu diteliti dari sudut hukum syarak.

Baca juga: Tak Sangka! 7 Hobi Ini Rupanya Dilarang Dalam Islam, Kena Elak Jadikan Aktiviti Harian…

HUKUM LELAKI PAKAI RANTAI & GELANG, TREND ATAU SALAH DISISI ISLAM

HUKUM LELAKI PAKAI RANTAI

Freepik

Sebenarnya, hukum lelaki pakai rantai atau sebarang bentuk perhiasan terbahagi kepada dua keadaan utama, iaitu dibenarkan kerana darurat dan dilarang untuk tujuan perhiasan.

1. Dibenarkan jika ada hajat atau darurat

Sekiranya seorang lelaki perlu memakai emas kerana keperluan kesihatan atau kecacatan fizikal, maka ia dibolehkan.

Contoh:

Dalam satu hadis sahih, seorang sahabat Nabi SAW, iaitu ‘Arfajah bin As’ad, terpotong hidungnya semasa peperangan. Beliau menggunakan hidung palsu daripada perak, namun ia berbau busuk.

Lalu Nabi SAW menyuruhnya menggantikannya dengan hidung daripada emas dan ini dibenarkan. Hadis ini menunjukkan, jika tiada bahan lain dan keperluan mendesak, penggunaan emas bagi lelaki adalah harus (dibolehkan).

2. Dilarang jika untuk perhiasan

Sebaliknya, hukum lelaki pakai rantai emas sebagai perhiasan contohnya seperti cincin emas, jam tangan emas atau pen berlapis emas semata-mata untuk bergaya  maka ia diharamkan.

Rasulullah SAW bersabda:

أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

Maksudnya: “Halal bagi umatku yang perempuan dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku,” Hadis riwayat Imam Ahmad

Para ulama seperti Al-Syaukani dan jumhur (majoriti) ulama bersepakat bahawa pemakaian emas dan sutera adalah haram bagi lelaki dan halal bagi wanita.

Selain perhiasan, penggunaan emas (dan juga perak) sebagai pinggan mangkuk atau gelas juga diharamkan, sama ada untuk lelaki atau wanita.

Selain itu, Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang azab yang keras bagi orang minum dan makan daripada bekas emas dan perak. Sabda Baginda SAW:

الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ

Maksudnya: “Mereka yang minum daripada bekas perak maka akan menggelegak dalam perutnya api neraka Jahannam. ” Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Baca juga: Ulama Yaman Hadir Ziarah Pusara Zara Qairina, Doakan Roh Allahyarhamah Dicucuri Rahmat

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×